Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
194) PROJEK NAIK TARAF JALAN KLANG LAMA
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri apabila projek lewat disiapkan selama 23 bulan?
Kerajaan Negeri telah mengenakan denda (LAD) kepada pihak kontraktor selama 241 hari dengan kos keseluruhan sebanyak RM 915,800.00. Walaubagaimanapun untuk makluman kelewatan ini adalah juga disebabkan oleh kerja-kerja pengalihan utiliti seperti paip Syabas, kabel Telekom dan TNB yang terdapat di sepanjang jalan tersebut.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri apabila projek tidak memenuhi kriteria perolehan secara rundingan terus justeru tidak ekonomi?
Pihak Kerajaan Negeri buat masa ini tidak lagi memperaktiskan kerja-kerja secara rundingan terus .
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap kualiti kerja yang tidak memuaskan?
Bagi kerja-kerja yang tidak memuaskan, Kerajaan Negeri akan memastikan pihak yang melaksanakan kerja tersebut membaiki atau membina semula kerjakerja berkenaan mengikut sebagaimana yang telah disyaratkan.