Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
137) PROJEK MRT SG BULUH-KAJANG
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah pendirian kerajaan terhadap projek MRT Sg Buluh - Kajang?
- Pada secara dasarnya Kerajaan Negeri menyokong penuh terhadap projek pembinaan MRT Sungai Buloh–Kajang ini. Kerajaan Negeri juga akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi menyatakan kepada rakyat Selangor agar mereka mendapat maklum mengenai projek pembinaan MRT berkenaan. Sesi penerangan ini juga akan dapat memberi peluang kepada rakyat bagi menyatakan pandangan dan pendapat mereka berhubung projek pembinaan MRT
-
Apakah jabatan negeri yang terlibat dalam perancangan projek ini?
- Satu jawatankuasa teknikal berhubung projek pembinaan MRT di peringkat Kerajaan Negeri telah diwujudkan. Jawatankuasa ini yang akan dikelolakan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bersama dengan Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD). Antara jabatan Kerajaan Negeri yang terlibat bagi projek MRT ini adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat. PBT yang terlibat dalam projek pembinaan MRT ini seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
-
Adakah kerajaan melakukan pengambilan tanah di Bandar Kajang di mana pemilik-pemilk telah membantah perobohan kedai untuk memberi laluan kepada pembinaan MRT?
- Masalah pengambilan tanah di Bandar Kajang adalah bergantung kepada jajaran laluan MRT berkenaan. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri berhak untuk mengambil tanah berkenaan bagi kepentingan dan kesenangan rakyat pada masa akan datang. Kerajaan Negeri juga akan membayar pampasan yang setimpal berdasarkan keluasan tanah yang akan diambil bagi projek pembinaan MRT