Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

312) PROJEK MITIGASI TEBATAN BANJIR TAMAN SETIA, TAMAN GEMBIRA DAN TAMAN SRI PELABUHAN

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah MBDK akan melantik perunding untuk mengkaji punca-punca banjir kilat di Taman Setia, Taman Gembira dan Taman Sri Pelabuhan?

    Pihak Majlis di peringkat semakan Terma Rujukan bersama jawatankuasa Terma Rujukan melibatkan jabatan teknikal dalaman Majlis dan agensi teknikal luaran seperti JPS dan JKR. Perunding bagi kajian dan reka bentuk projek tebatan banjir di Taman Setia, Taman Gembira dan Taman Sri Pelabuhan dijangka akan dilantik pada selewat-lewatnya awal suku tahun kedua 2024 mengikut perancangan jabatan.

  2. Nyatakan sebab-sebab kelewatan untuk perlantikan perunding.

    Proses lantikan perunding melibatkan kelulusan permohonan peruntukan yang perlu dipohon di peringkat Majlis sebelum lantikan perunding boleh dilakukan. Peruntukan bagi lantikan perunding bagi kajian tebatan banjir telah dipohon dan diluluskan pada awal tahun 2024. Selepas itu, proses dokumentasi dan penilaian perunding dimulakan dengan lantikan Ahli Jawatankuasa semakan Terma Rujukan perkhidmatan perunding, semakan Terma Rujukan perkhidmatan perunding, semakan dan penilaian perunding oleh Jawatakuasa Penilai dan lantikan perunding oleh Jawatan seubtharga dan Tender.

Lampiran

Tiada Lampiran.