Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

303) PROJEK MITIGASI BANJIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Daripada 10 projek mitigasi banjir yang dirancang di lokasi tertumpu berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2023, mengapa hanya lima projek yang berjaya dilaksanakan?

    Untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan Pemerhatian Audit bagi Pengurusan Mitigasi Banjir di Daerah Klang yang dilaksanakan pada tahun 2023, sebanyak satu (1) daripada sembilan (9) projek dikenalpasti belum dimulakan kerana masih dalam peringkat kajian reka bentuk/ pra-tender. Bagaimanapun, sehingga 30 Oktober 2024, terdapat pertambahan sebanyak empat (4) projek telah berada dalam kategori dalam pelaksanaan. Lima (5) projek dalam kategori pelaksanaan adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Membina Kolam Takungan Banjir di Lebuhraya Shapadu Bersebelahan Taman Mutiara Bukit Raja 7,897,858.00 28.10.2022

    28.10.2024

     

    EOT No. 1: 6.3.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 78%

    Sebenar: 28%

    (sehingga

    30 Oktober 2024)

    2. Projek Tebatan Banjir di Sungai Kembong, Pulau Indah 6,456,175.56 15.6.2023

    12.6.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 87%

    Sebenar: 50%

    (sehingga

    30 Oktober 2024)

    3. Projek Tebatan Banjir di Sungai Kandis Fasa 2, Daerah Klang 16,122,980.00 26.5.2023

    23.5.2025

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 50%

    Sebenar: 33%

    (sehingga

    30 Oktober 2024)

    4. Projek Tebatan Banjir di Sungai Rasau (Fasa 2), Daerah Klang 18,620,367.00

     

    26.5.2023

    21.11.2025

     

    Dalam Pelaksanaan

     

    Jadual: 31%

    Sebenar: 29%

    (sehingga

    30 Oktober 2024)

    5. Menaiktaraf Kolam Takungan Banjir di Sungai Aur, Daerah Klang 3,314,100.00 17.5.2023

    15.5.2024

     

    EOT No. 1: 7.6.2024

    Siap
      Jumlah 52,411,480.56    

     

    Baki sebanyak empat (4) projek lagi sedang dalam kategori pra-pelaksanaan iaitu dalam peringkat pra-tender dan reka bentuk. Perincian projek dalam kategori pra-pelaksanaan adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Tajuk Kos

    (RM)

    Tarikh Mula

    Tarikh Siap

    Status
    1. Projek Tebatan Banjir di Sungai Batu Enam Sementa 15,000,000.00 Peringkat Pra Tender

     

    Dokumen Tender Dalam Semakan Jabatan

    2. Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 7 dan Batu 8, Jalan Bukit Kemuning 34,847,987.56 Peringkat Reka Bentuk Terperinci (Telah Siap)

     

    Penyelarasan Bersama Pihak Utiliti

     

    Projek Jangka Mula Pada Sukuan Kedua Tahun 2025

    3. Menaiktaraf Saliran di Kawasan Kampung Johan Setia, Mukim Klang (Fasa 2), Daerah Klang 15,000,000.00 Peringkat Reka Bentuk – Peringkat Conceptual Report

     

    Jangka Tender Pada Sukuan Kedua Tahun 2025

    4. Menaiktaraf Sistem Saliran di Batu 4, Jalan Kapar dan Taman Klang Utama (Fasa 2) 13,000,000.00 Peringkat Pra Tender

     

    Dokumen Tender Dalam Semakan Jabatan

      Jumlah 77,847,987.56    
  2. Apakah tindakan susulan Kerajaan Negeri dalam memastikan projek mitigasi banjir yang dijalankan dapat mencapai objektif?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa komited dalam memastikan objektif bagi setiap projek dicapai. Bagaimanapun, pelaksanaan projek adalah bergantung kepada tempoh pelaksanaan projek iaitu bermula daripada pelaksanaan kerja reka bentuk, proses tender dan kerja fizikal di tapak. Pelaksanaan kerja reka bentuk akan mengambil masa selama 9 hingga 12 bulan termasuk kerja ukur dan penyiasatan tanah manakala proses tender mengambil masa selama 4 bulan bagi proses iklan dan penilaian tender oleh Jabatan. Tempoh pelaksanaan kerja fizikal di tapak pula akan mengambil kira keadaan semasa di tapak dan tahap kompleksiti projek yang akan dilaksanakan di mana pelaksanaan kerja fizikal kebiasaanya mengambil masa selama 18 hingga 24 bulan. Sehubungan itu, tempoh yang diperlukan bagi pelaksanaan projek akan mengambil masa minimum selama 3 tahun daripada peringkat pelantikan perunding sehingga projek siap sepenuhnya demi mencapai objektif mitigasi banjir.

Lampiran

Tiada Lampiran.