Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
110) PROJEK MENAIKTARAF STADIUM MINI SABAK MENJADI KOMPLEKS SUKAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bila projek ini akan dimulakan dan bila akan disiapkan?
Kertas konsep awal telah dihantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dengan cadangan pembangunan di keluasan tanah hampir 9 ekar berhampiran Stadium Mini Sabak Bernam. Anggaran kos kasar adalah RM40 Juta. Syor bersama melantik konsultan bertauliah agar perancangan projek dapat dikaji dengan lebih teliti tentang keperluan dan bajet. Sekiranya tiada masalah syor cadangan pelaksanaan pada tahun 2018.
-
Apakah komponen penting yang terkandung dalam projek pembangunan ini?
Di antara cadangan kompenan adalah
- Menaiktaraf Stadium sediaada (7.523 ekar)
- Stadium Tertutup (1.857 ekar)
- Pusat Sukan / Gimnasium(1.545 ekar)
- Pusat Akuatik (1.167 ekar)
- Kuarters (3.128 ekar)
- Extreme Park (1.131 ekar)