Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

9) PROJEK MENAIKTARAF JALAN BANTING KE JUGRA B58

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos sebenar keseluruhan projek?

    Kos semasa keseluruhan projek adalah RM34.5 juta

  2. Berapa kalikah lanjutan tempoh yang diberikan kepada kontrator?

    Sebanyak tiga (3) tempoh lanjutan masa (EOT) yang telah diberikan kepada kontraktor.

  3. Bilakah projek ini akan disiapkan sepenuhnya?

    Dijangka siap pada 2 Disember 2015 berdasarkan  kepada  kelulusan  EOT No. 3

Lampiran

Tiada Lampiran.