Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
252) PROJEK MENAIKTARAF JALAN B148 TELOK GONG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek menaik taraf jalan utama B148 sepanjang 6km bermula dari Glenmarie Cove sehingga Persiaran Jalan Ikan Tenggiri?
Projek Menaiktaraf Jalan Negeri B148 Jalan Telok Gong Dari Persimpangan Glenmarie Cove sehingga ke Persimpangan Jalan Ikan Tenggiri telah ditender pada 31 Julai 2023 dan di peringkat penilaian. Skop Fasa 1 bagi projek ini adalah sepanjang 3.25 km iaitu bermula daripada Persimpangan Glenmarie Cove sehingga ke Persimpangan Lebuh Kampung Nelayan.
-
Berapa lamakah anggaran masa projek tersebut dapat disiapkan?
Anggaran tempoh masa pembinaan adalah selama 3 tahun yang dijangka akan bermula pada Februari 2024. Kos projek adalah sebanyak RM128,830,000.00.