Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
3 September 2018 hingga 7 September 2018
123) PROJEK MEMBAIKI JALAN-JALAN KAMPUNG
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah projek-projek yang sedang berjalan dan akan dibuat dalam jangka masa 5 tahun lagi bagi menaik taraf atau membina semula jalan-jalan kampung di Meru?
Pada masa kini terdapat dua (2) projek pembangunan jalan kampung di kawasan DUN Meru seperti berikut:
- Kerja membaikpulih dan menurap semula sebahagian jalan di Lorong Belimbing Tambahan, Kampung Meru, Klang dengan kos berjumlah RM88,758.04.
- Kerja membaikpulih dan menurap semula jalan di Lorong Nan Yoon Keong, Lot 26387, Jalan Sg. Putus /KU3, Kampung Batu Belah, Klang dengan kos berjumlah RM42,458.31.
Bagi perancangan 5 tahun lagi bagi menaik taraf atau membina semula jalanjalan kampung di Meru, pentadbiran Pejabat Daerah/Tanah Klang akan mengguna peruntukkan dari Kerajaan Negeri dan peruntukkan MARRIS dari Kerajaan Persekutuan.
-
Apakah proses yang perlu bagi penduduk bagi mencepat dan mempermudahkan urusan pembinaan dan membaiki semula jalan-jalan kampung serta loronglorong?
Sekiranya cadangan pembinaan jalan-jalan kampung atau lorong-lorong akan melalui tanah hak milik persendirian, pemohon hendaklah membuat permohonan “Kebenaran Memberi Izin Lalu Di Atas Tanah Hak Milik Persendirian” dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di kaunter Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah/Tanah. Pemohon juga perlu melampirkan bersama salinan dokumen sokongan seperti Kad Pengenalan/Sijil Kematian, Suratan Hak Milik Tanah dan Cukai Tanah. Sekiranya permohonan pembinaan dan pembaikan jalan di atas tanah rezab, ianya telah didaftarkan dalam sistem MARRIS. Keduadua proses jalan izin lalu dan rezab akan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri atau MARRIS mengikut kesesuaian.
-
Apakah anggaran kos kasar bagi membina atau membaiki semula jalan-jalan kampung serta lorong-lorong?
Kos kasar bagi membina atau membaiki semula jalan-jalan kampong atau loronglorong adalah bergantung kepada saiz, kelebaran/panjang dan keadaan fizikal dan persekitaran tanah yang akan dilalui pembinaan jalan-jalan yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, secara asasnya bagi penurapan jalan kampung, kos pengiraan asas adalah seperti berikut:
- 1m2 chrusher run (batu hancur jalan) = RM11/m2
(ketebalan = 100 mm)
- 1m2 ACWC 14 mm = RM26/m2 (termasuk tack coat)
(ketebalan = 50 mm)
- 1m2 ACBC 28 mm = RM26/m2 (termasuk prime coat)
(ketebalan = 50 mm)
*ACWC: Asphalt Concrete Wearing Course
(lapisan haus)
*ACBC: Asphalt Concrete Binder Course