Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
203) PROJEK MEMBAIK PULIH TEROWONG TAMAN MATANG PAGAR – TAMAN IMPIAN INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status semasa perkembangan projek baik pulih yang telah diluluskan oleh pihak MPS?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor melalui penyelesaian jangka panjang akan menyediakan laluan khas bagi kegunaan lori-lori kuari, manakala Majlis Perbandaran Selayang akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jangka pendek di tapak dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM 349,699.70 untuk melaksanakan kerja-kerja baikpulih Terowong Matang Pagar – Taman Impian Indah. Iklan bagi perolehan sebutharga untuk kerja-kerja tersebut telah dibuka pada 17 Mei 2024 dan ditutup pada 23 Mei 2024 dan seterusnya akan melalui proses perolehna yang telah ditetapkan.
-
Bilakah projek tersebut akan bermula?
Majlis Perbandaran Selayang masih dalam proses perolehan sebutharga dan dijangka kontraktor akan dilantik pada pertengahan bulan Julai 2024. Kontraktor akan mula melaksanakan kerja-kerja di tapak selepas Surat Setuju Terima diperolehi.
-
Bilakah dijangka projek ini akan disiapkan sepenuhnya?
Tempoh kontrak bagi projek kerja-kerja baikpulih Terowong Matang Pagar – Taman Impian Indah in iadalah 8 minggu dan anggaran kerja-kerja akan siap sepenuhnya pada bulan September 2024.