Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
44) PROJEK MARRIS YANG AKAN DILAKSANAKAN UNTUK TAHUN 2021 DUN KOTA DAMANSARA (N39)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kawasan MBSA (U3,U4,U5,U6).
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Berikut adalah senarai projek di kawasan (U3,U4,U5,U6) MBSA menggunakan peruntukan MARRIS bagi tahun 2020.
Bagi projek MARRIS tahun 2021 untuk kawasan (U3,U4,U5,U6), pihak Majlis telah menghantar surat makluman bertarikh 2 Oktober 2020 kepada DUN dan Ahli Majlis kawasan bagi menyenaraikan projek untuk projek MARRIS tahun 2021.
JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
Bagi pelaksanaan kerja-kerja Projek MARRIS yang akan dilaksanakan untuk Tahun 2021 di kawasan MBSA adalah masih di dalam perancangan pihak JKR dan pelaksanaan akan dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan di tapak.
-
Kawasan MBPJ (Zon 3, Zon 4).
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Pihak Jabatan masih di peringkat cadangan untuk projek-projek tahun 2021.
JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
Bagi pelaksanaan kerja-kerja Projek MARRIS yang akan dilaksanakan untuk Tahun 2021 di kawasan MBPJ adalah masih di dalam perancangan pihak JKR dan pelaksanaan akan dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan dan keperluan di tapak.
-
Senarai projek yang sedang dalam tahun 2020.
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA
Senarai projek adalah seperti di Lampiran 2.
MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Berikut adalah senarai 39 projek menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2020.
JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR
Rujuk Lampiran 1.