Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

75) PROJEK MARRIS 2014

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak peruntukkan MARRIS yang diterima pihak kerajaan negeri untuk tahun 2014 ?

    Sehingga 31 Mei 2014, Kerajaan Negeri telah menerima peruntukan MARRIS dari Kerajaan Persekutuan sebanyak RM 207,514,165.00.

  2. Berapa banyak projek naik taraf yang telah dikenal pasti oleh pihak kerajaan Negeri ?

    Tiada projek naik taraf yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan MARRIS. Ini kerana peruntukan MARRIS dilaksanakan untuk kerja-kerja selenggaraan jalan sahaja selaras Perkara 109(1)(b), Perlembagaan Persekutuan dan Arahan Amanah Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri.

  3. Berapa banyak telah disiapkan sila berikan peratusan mengikut majlis tempatan ?

    Selaras dengan jawapan di perenggan (b) tiada projek naiktaraf yang telah disiapkan oleh Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan MARRIS kerana ia bercanggah dengan peraturan sedia ada. Walaubagaimanapun, prestasi pelaksanaan projek MARRIS Tahun 2014 setakat 31 Mei 2014 diperincikan seperti berikut :

    Prestasi Pelaksanaan Projek MARRIS Mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Setakat 31 Mei 2014

    Bil PBT Bil. Projek Dirancang Bil. Projek Siap Peratus (%) siap
    1 MBPJ 90 0.00
    2 MBSA 96 39 40.63
    3 MPK 89 0.00
    4 MPSJ 44 0.00
    5 MPAJ 52 0.00
    6 MPKJ 96 0.00
    7 MPS 71 0.00
    8 MPSp 35 0.00
    9 MDKL 27 0.00
    10 MDHS 33 0.00
    11 MDSB 53 0.00
    12 MDKS 45 0.00
    Jumlah Keseluruhan 731 39 5.34

Lampiran

Tiada Lampiran.