Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014
132) PROJEK MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan kerja yang dilaksanakan adalah menurut aspek teknikal?
Permohonan projek MARRIS ini perlu melalui beberapa saringan sebelum pelaksanaan di jalankan oleh agensi pelaksana / pemohon. Di dalam kaedah ini, semua projek perlu melalui Jawatankuasa Teknikal MARRIS yang bersidang berdasarkan permohonan yang di terima. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli tetap dari Perbendaharaan Negeri Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor. Semua aspek teknikal yang telah diputuskan adalah berdasarkan Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyelenggaraan Jalan Negeri yang di keluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan juga Arahan Teknik Jalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Selain itu, lawatan pemantauan dan Audit MARRIS juga dijalankan oleh bagi pematuhan dan pengauditan kerja di tapak oleh pihak kontraktor dan bagi tujuan perakuan pembayaran.
-
Jalan kini menjadi semakin tebal hingga menutup paip longkang kerana penurapan dilaksanakan tanpa mengorek jalan dahulu. Apakah cara untuk mengatasi masalah tersebut?
Bagi mengatasi masalah ini adalah dengan cara menggunakan kaedah Mill and Pave (Korek dan Turap). Setiap permohonan projek adalah diwajibkan menjalankan ujian coring bagi memastikan ketebalan jalan mencukupi dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.