Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
340) PROJEK MADU KELULUT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan berkaitan dengan projek ini?
Projek ini sedang berjalan dengan baik. Pada tahun 2015, sebanyak 20 usahawan baharu telah dilatih oleh Jabatan Pertanian.
-
Berapa peserta yang terlibat dan telah berjaya?
Sehingga kini, terdapat 8 peserta berskala komersil telah dibangunkan.
-
Apakah proses permohonan untuk tujuan ini dan berapa lama untuk diluluskan?
Permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Pertanian. Jabatan Pertanian akan mengaturkan sesi latihan dan kursus sebelum meluluskan permohonan.