Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
199) PROJEK LRT 3
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini Projet LRT 3 di Daerah Klang.
Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali :-
Projek Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit – LRT) Laluan 3 iaitu dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang secara keseluruhannya telah mencapai prestasi kemajuan sebanyak 57.57%. Bagi daerah Klang, projek LRT3 kini telah mencapai kemajuan kerja seperti berikut:-
- 76% bagi Pakej GS07-08 iaitu di kawasan Bandar Baru Klang sehingga Taman Sri Andalas;
- 26% bagi Pakej GS09 iaitu dari kawasan Taman Sri Andalas sehingga AEON Bukit Tinggi;
- 07% bagi Pakej GS10 iaitu dari kawasan AEON Bukit Tinggi sehingga Johan Setia; dan
- 94% bagi Pakej TD2 iaitu Depoh di Johan Setia.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek LRT3 dijangka siap mengikut jadual pada Februari 2023 seperti di dalam perjanjian Projek LRT3.
-
Nyatakan tarikh siap projek LRT 3.
Soalan adalah seperti di atas (a)