Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

272) PROJEK LRT 3

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pelaksanaan projek tersebut?

    Melalui penelitian saya, dua soalan telah ditanyakan tentang perkara berkaitan projek Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit -LRT) Laluan 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang. Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

    No Soalan Nama ADUN Tajuk Soalan
    Seri Andalas SISTEM PENGANGKUTAN LRT3

     

    a)                  Adakah Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan telah menerima permohonan Kebenaran Merancang (KM) bagi pembinaan Projek LRT3?

     

    b)                  Adakah Kerajaan Negeri telah meluluskan mana- mana tanah kerajaan untuk digunapakai dalam pembinaan Projek LRT3?

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Dengkil dan Yang Berhormat Seri Andalas berhubung status pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan (Light Rail Transit -LRT) Laluan 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang.

     

    • Pembinaan projek LRT3 merupakan projek Kerajaan Persekutuan yang telah diberikan kepada Prasarana Malaysia Berhad selaku pemaju projek yang

     

    • Projek LRT3 sepanjang 37 kilometer bermula dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang melibatkan tiga (3) Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
    • Status terkini pelaksanaan projek LRT3 adalah seperti berikut:
    • Proses Permohonan Secara Rundingan Di Bawah Seksyen 20A bagi jajaran LRT3 mengikut
    • Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Ke 1/2017 yang diadakan pada 11 Januari 2017 yang telah disahkan oleh Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 2/2017 pada 18 Januari 2017, Kerajaan Negeri telah menimbang dan bersetuju supaya pengemukaan permohonan bagi cadangan stesen dan bangunan untuk projek LRT3 diproses melalui kaedah Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); dan
    • Kelulusan Permohonan Secara Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi jajaran di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah diperolehi pada 23 Febuari 2017. Manakala Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menetapkan syarat keperluan mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) untuk jajaran.
    • Pada masa ini, kesemua permohonan kelulusan pelan telah dikemukakan melalui Pusat Khidmat Setempat (One Stop Centre, OSC) di ketiga-tiga PBT tersebut. Manakala status permohonan Kebenaran Merancang (KM) di ketiga-tiga PBT adalah seperti berikut:

     

    1. Majlis Bandaraya Shah Alam
      1. Kelulusan dasar (bersyarat) bagi Kebenaran Merancang untuk jajaran dan lapan (8) buah stesen LRT3 telah diperolehi pada 18 Ogos 2017 dan 29 September 2017; dan

     

    1. Pelan Kerja Tanah bagi jajaran telah dikemukakan pada 15 September

     

    1. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
      1. Permohonan Kebenaran Merancang belum dikemukakan; dan
      2. Pelan Kerja Tanah bagi jajaran telah dikemukakan pada 28 Ogos

     

    1. Majlis Perbandaran Klang
      1. Arahan Pematuhan (lulus bersyarat) telah diperolehi bagi Kebenaran Merancang untuk tujuh (7) buah stesen dan Depoh Johan Setia pada 11 September 2017 dan 4 Oktober 2017; dan
      2. Pelan Kerja Tanah bagi jajaran telah dikemukakan pada 5 Julai

     

    Status bagi Proses pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960, adalah seperti berikut:

     

    • Bagi pengambilan tanah di bawah pentadbiran Pejabat Tanah & Daerah Klang:

     

    • Sebanyak 125 lot tanah hakmilik persendirian dan 49 lot tanah hakmilik kerajaan yang terlibat iaitu 46 lot hakmilik Kerajaan Negeri dan 3 lot hakmilik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta. Sesi pendengaran / siasatan untuk kali ke-3 telah berlangsung dari 19 hingga 30 Oktober

     

    • Permohonan pengambilan telah dikemukakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) Negeri Selangor kepada Pejabat Tanah & Daerah Klang pada 6 Januari 2017. Permohonan pengambilan ini telah diluluskan pada 6 Februari

     

    • Pengambilan tanah bagi Seksyen 4 di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) bagi daerah Klang telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No.304 pada 22 Januari 2016. Susulan daripada itu, dua (2) permohonan pengambilan tanah di bawah Seksyen 8 Akta

    Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) telah dikemukakan dan telah diwartakan seperti berikut:

     

    • Depot LRT3 Johan Setia melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 598 pada 25 Februari
    • Jajaran di dalam daerah Klang melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 639 pada 16 Februari
    • Bagi pengambilan tanah di kawasan Depoh LRT3 di Johan Setia, sebanyak 161 daripada 167 lot telah selesai dan menerima Borang K daripada Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Kesemua 167 lot tanah tersebut merupakan tanah hakmilik
    • Bagi pengambilan tanah di bawah pentadbiran Pejabat Tanah & Daerah Petaling:
    • Sebanyak 70 lot tanah hakmilik persendirian dan 49 lot tanah hakmilik kerajaan yang terlibat iaitu 45 lot tanah hakmilik Kerajaan Negeri dan 4 lot tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. Sesi pendengaran / siasatan untuk kali ke-2 telah selesai diadakan pada 11 hingga 23 September 2017.
    • Permohonan pengambilan telah dikemukakan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) Negeri Selangor kepada Pejabat Tanah & Daerah Petaling pada 17 Januari 2017. Permohonan pengambilan ini telah diluluskan pada 15 Februari
    • Pengambilan tanah bagi Seksyen 4 di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) bagi daerah Petaling telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No.305 pada 22 Januari 2016. Susulan daripada itu, pengambilan tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 658 pada 23 Februari
    • Pelantikan kontraktor
    • Kontraktor utama telah dilantik pada Mac 2017 bagi Depoh di Johan Setia manakala kontraktor utama bagi Centralized Laboour Quarters (CLQ) di Johan Setia dilantik pada Januari
      • Sehingga 18 Oktober 2017, Prasarana Malaysia Berhad telah melantik sebanyak lapan (8) kontraktor pakej kerja utama (Work Package Contractor, WPC).

     

  2. Nyatakan peranan Kerajaan Negeri dalam menjayakan projek ini?

    Untuk makluman Yang Berhormat, peranan Kerajaan Negeri adalah mempertimbangkan dan meluluskan proses pengambilan balik tanah berdasarkan cadangan jajaran serta memberikan kelulusan jajaran yang melalui Negeri Selangor. Pelaksanaan dan pemantauan kepada kerja-kerja pembangunan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan

     

    Kerajaan Negeri juga sentiasa memastikan projek ini dapat berjalan dengan mematuhi peraturan dan akta yang berkuatkuasa iaitu Proses Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi kelulusan jajaran dan stesen / depoh / depoh bas. Kerajaan Negeri turut mewujudkan Jawatankuasa Pemandu Projek LRT3 yang dipengerusikan oleh EXCO Pengangkutan Negeri Selangor bagi menyelaras isu-isu berbangkit projek LRT3 bersama Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat termasuk Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (HESI) bagi penyelarasan berhubung isu-isu berkaitan rumah-rumah ibadat selain Islam yang terlibat di sepanjang jajaran projek LRT3.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.