Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
238) PROJEK LOJI RAWATAN AIR (LRA) SUNGAI RASAU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan pembinaan LRA Sungai Rasau (jangka masa) termasuk kos pembinaan?
Pembinaan Projek LRA Sungai Rasau dan Sistem Agihan Peringkat 1 adalah dianggarkan sebanyak RM3.27 billion. Anggaran kos tersebut merangkumi kesemua tiga (3) pakejpakej pembinaan, perunding, dan pengambilan balik tanah. Tarikh jangka siap keseluruhan projek peringkat 1 adalah pada Jun 2025.
-
Apakah kos penyelenggaraan tahunan yang dijangka bagi LRA ini?
Pembinaan Projek LRA Sungai Rasau dan Sistem Agihan Peringkat 1 adalah dianggarkan sebanyak RM3.27 billion. Anggaran kos tersebut merangkumi kesemua tiga (3) pakejpakej pembinaan, perunding, dan pengambilan balik tanah. Tarikh jangka siap keseluruhan projek peringkat 1 adalah pada Jun 2025.
-
Sila butirkan semua tender yang telah diwartakan sehingga kini.
Reka bentuk terperinci bagi keseluruhan LRA Sungai Rasau secara reka dan bina masih belum dimuktamadkan sepenuhnya, dan sehubungan itu, kos penyelenggaraan sebenar juga masih belum dapat ditentukan.
Berikut adalah butiran tender bagi Projek LRA Sungai Rasau Peringkat 1 yang telah dianugerahkan melalui tender terbuka yang terdiri daripada 3 pakej:
- Pakej 1 – Cadangan Reka dan Bina (Design & Build) Muka Sauk Rasau, Rumah Pam Utama, Loji Rawatan Air Rasau dan Kerja-kerja Berkaitan.
- Pakej 2 – Cadangan Reka dan Bina (Design & Build) Rumah Pam Air Terawat, Pam Utama Air Terawat ke Tangki-tangki Air Sedia Ada Bukit Lipat Kajang, Pengagihan dan Kerja-kerja Berkaitan.
- Pakej 3 – Cadangan Reka dan Bina (Design & Build) Stesen Penggalak Baharu Bukit Lipat Kajang, Tangki-tangki Air dan Kerja-kerja Berkaitan.
- Perkhidmatan Perunding (“Owner’s Engineer”)
- Perlindungan Insuran Projek
Secara keseluruhan Projek LRA Rasau dijangka siap pada 30 Jun 2025.
Proses tender terbuka bagi Perkhidmatan Perunding bermula pada 10 September 2020 dan telah dianugerah dan diterima oleh Perunding yang berjaya pada 3 Disember 2020.
Proses tender terbuka bagi Perlindungan Insuran telah bermula pada 17 Februari 2022 dan telah dianugerah dan diterima oleh Syarikat Insuran yang berjaya pada 1 Julai 2022.
Manakala, proses tender pra-kelayakan terbuka bagi ketiga-tiga Pakej Pembinaan di atas bermula pada 11 Januari 2021.
Bagi Pakej 1, pengeluaran dokumen tender kepada pembida yang berkelayakan adalah pada 8 Mei 2021. Pakej 1 telah dianugerahkan dan diterima oleh kontraktor yang berjaya pada 4 July 2022.
Bagi Pakej 2, pengeluaran dokumen tender kepada pembida yang berkelayakan adalah pada 22 Mei 2021. Pakej 2 telah dianugerahkan dan diterima oleh kontraktor yang berjaya pada 20 Disember 2021. )
Bagi Pakej 3, pengeluaran dokumen tender kepada pembida yang berkelayakan adalah pada 8 Jun 2021. Pakej 3 telah dianugerahkan dan diterima oleh kontraktor yang berjaya pada 7 Disember 2021.