Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

105) PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan terkini dan kemajuan fizikal tentang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2?

    Kerja-kerja pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dilaksanakan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) melibatkan lapan belas (18) pakej kerja bermula pada 30 April 2014. Mengikut perancangan asal, tarikh siap projek adalah pada  30 April 2017 tetapi akibat dari beberapa kelewatan, tarikh siap keseluruhan telah disemak dan dijadualkan pada awal tahun 2024.

     

    Berdasarkan kepada laporan PAAB, kemajuan keseluruhan Projek Skim Bekalan Air Langat 2 pada 30 Oktober 2021 adalah seperti berikut:

     

    Kemajuan (Jadual)     :           90.53%

    Kemajuan (Sebenar)  :           88.07%

    Kelewatan                                :           2.46%

     

    Kerja-kerja yang telah siap sepenuhnya melibatkan 2 pakej kerja iaitu Pakej 1 A – kerja-kerja pemasangan paip air terawat dari Loji Rawatan ke Kolam Air Imbangan Bukit Enggang dan Pakej 1 B – kerja-kerja pemasangan paip air mentah. Terdapat sebanyak 6 pakej telah siap tetapi masih dalam peringkat tanggungan kecacatan (DLP) iaitu:-

     

    (i) Pakej 2A Loji Rawatan Langat 2
    (ii) Pakej 4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang
    (iii) Pakej 7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat
    (iv) Pakej 9 Kolam Air AU3
    (v) Pakej 12 Kolam Air Sg. Besi
    (vi) Pakej 15 Paip Penyambungan

     

    Sembilan (9) Pakej kerja masih dalam peringkat pembinaan iaitu:-

     

    (i) Pakej 2B Kuarters Pekerja
    (ii) Pakej 5 Paip Air Terawat ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat & Kolam Sediada Hulu Langat
    (iii) Pakej 6 Paip Air Terawat dari Kolam Air Ampang ke Kolam Air AU3 (Koridor Utara)
    (iv) Pakej 6A Terowong Koridor Utara
    (v) Pakej 8 Kolam Air Ampang
    (vi) Pakej 10 Paip Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Bkt Enggang ke Sg. Besi (paip koridor barat)
    (vii) Pakej 11   Paip Air Terawat dari Sg. Besi ke Punchong (paip koridor barat)
    (viii) Pakej 13   Kolam Air Bkt Jalil
    (ix) Pakej 14   Kolam Air Petaling

     

    Manakala terdapat satu pakej masih dalam peringkat kerja awalan, iaitu Pakej 3 – kerja-kerja penyediaan tapak pelupusan enapcemar.

Lampiran

Tiada Lampiran.