Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

300) PROJEK LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini projek LRA Langat 2

    Projek Langat 2 ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Mengikut perancangan, apabila loji Langat 2 ini siap sepenuhnya (Fasa 1 dan Fasa 2), ia boleh membekalkan air terawat sebanyak 2,260 JLH. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan adalah hanya untuk Loji Langat 2 Fasa 1 yang dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir tahun 2019 dengan pengeluaran air terawat berkapasiti 1,130 JLH. Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan kelulusan untuk pelaksanaan projek Langat 2

    Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari Pengurusan aset Air Berhad (PAAB), pembinaan Loji Rawatan Air Fasa 1 melibatkan 18 pakej kerja dan status setakat Februari 2017 adalah seperti berikut:-

     

    Siap pembinaan   – 1  pakej

    Dalam pembinaan –  10 pakej Dianugerah tanpa tarikh milik tapak          –                                                                        1 pakej Kajian, Rekabentuk & Tender  –           6 pakej

    Secara keseluruhannya, kemajuan fizikal di tapak adalah 57% berbanding yang dijadualkan sebanyak 63%.

     

  2. Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan projek ini berjalan lancar?

    Pembangunan Projek Loji Rawatan Langat 2 adalah merupakan projek di bawah penyeliaan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) dan dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), manakala Perjanjian Jual Beli Air Mentah di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pahang telah selesai ditandatangani pada 22 November 2007. Apabila siapnya Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 ini, bayaran harga air mentah akan dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perjanjian Jual Beli Air Mentah Pahang ke Selangor. Air bersih dari Loji Rawatan Air Langat 2 adalah diperlukan untuk menampung permintaan pengguna di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Justeru itu, di dalam memastikan pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 berjalan lancar, Jawatan Kuasa Pemandu dan Jawatan Kuasa Kerja Teknikal yang melibatkan wakil-wakil dari agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan seperti KeTTHA, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan lain-lain telah ditubuhkan untuk meneliti pelaksanaan pembangunan. Sekiranya terdapat masalah yang melibatkan agensi di bawah Pentadbiran Negeri Selangor, ia akan dibawa untuk dibincangkan melalui Jawatan Kuasa Kerja Teknikal.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.