Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

192) PROJEK LEBUHRAYA SUKE

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan hutan yang terlibat dalam Projek Lebuhraya SUKE?

    Jumlah keluasan Hutan Simpanan Kekal yang terlibat bagi Projek Lebuhraya SUKE adalah seluas lebih kurang 30.0 ha dan projek ini melibatkan dua (2) Hutan Simpan iaitu HS Bukit Sg. Puteh Utara dengan keluasan 5.6 ha dan HS Bukit Sg. Puteh Selatan dengan keluasan 24.4

  2. Berapakah pampasan yang dibayar oleh Syarikat Konsesi Lebuhraya SUKE?

    Pampasan yang perlu dibayar oleh syarikat Konsesi Lebuhraya SUKE adalah melibatkan pengambilan keseluruhan kawasan bangunan pentadbiran Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, dua (2) unit rumah pegawai, lapan (8) unit rumah kakitangan serta beberapa infrastruktur yang lain yang terdapat di dalam HS Bukit Sg. Puteh Selatan dan kawasan berhutan di dalam HSK seluas lebih kurang 30.0 ha. Jumlah pampasan yang perlu dibayar oleh pihak syarikat konsesi adalah melibatkan RM7.0 juta khusus bagi pembinaan Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, rumah pegawai dan kakitangan serta fasiliti-fasiliti yang lain. Jumlah ini tidak termasuk nilai gantirugi pokok di dalam HSK dengan gandaan 3 kali ganda. Selain itu, HSK yang telah dikeluarkan daripada HSK juga akan digantikan dengan keluasan 52.0 ha berbanding 30.0 yang diwarta keluar. Sekaligus, Kerajaan Negeri Selangor dapat mengekalkan dan terus meningkatkan keluasan HSK bagi Negeri Selangor.

  3. Adakah kertas kerja projek Lebuhraya SUKE mematuhi semua piawaian keselamatan, alam sekitar dan undang-undang?

    Ya, kertas kerja bagi projek Lebuhraya SUKE telah mematuhi semua piawaian keselamatan, alam sekitar dan undang-undang. Di dalam konteks ini, projek Lebuhraya SUKE telah mendapat kelulusan bagi Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Laporan Impak Trafik (TIA) dan Laporan Impak Sosial (SIA). Agensi yang memberikan kelulusan tersebut ialah Jabatan Alam Sekitar,

    Putrajaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya (KKM). Berikut adalah maklumat tambahan mengenai kelulusan bagi setiap laporan yang diperlukan bagi projek Lebuhraya SUKE.

     

    Bil. Perkara Agensi yang member

    kelulusan

    Tarikh kelulusan

    / Ulasan

      Laporan                           Penialaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Impak Sosial (SIA). Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya Kelulusan pertama  pada  20

    Mac               2013.

    Kelulusan lanjut selama 2 tahun bermula daripada 21     Mac     2015

    sehingga  20 Mac

    2017.

      Laporan     Impak     Trafik (TIA)        –                   merupakan laporan sokongan wajib bagi                             pembangunan lebuhraya                     dan memerlukan ulasan/’review’                            oleh agensi                  kerajaan     yang terlibat seperti KKR dan

    PBT.

    Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya Kelulusan pertama  pada  20

    Mac               2013.

    Kelulusan lanjut selama 2 tahun bermula daripada 21     Mac     2015

    sehingga  20 Mac

    2017.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.