Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

50) PROJEK LEBUHRAYA PERSISIRAN PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status terkini pembinaan WCE terutama laluan Seksyen 7 dari Assam Jawa ke Tg. Karang?

    Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bahawa status kemajuan pembinaan jajaran dari Assam Jawa ke Tg Karang sehingga 28 Februari 2019 adalah sebanyak 13.99%. Jajaran daripada Persimpangan Assam Jawa sehingga sekitar Ladang Sungai Terap sepanjang 19.5km ini sedang dalam pembinaan iaitu dalam peringkat kerja-kerja rawatan tanah dan kerja-kerja penanaman cerucuk bagi pembinaan jambatan manakala jajaran daripada Ladang Sungai Terap ke Persimpangan Tg Karang sepanjang 10km telahpun dimulakan dan dalam proses reka bentuk terperinci dan penyediaan pelan pengambilan tanah.

  2. Berapa jumlah peningkatan kos akibat kelewatan dari tarikh siap pembinaan?

    Pembinaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dilaksanakan secara penswastaan oleh syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn. Bhd (WCESB) bermula dari 25 Ogos 2014 dan tarikh siap pada 24 Ogos 2019. Sebarang kos akibat kelewatan dari tarikh siap pembinaan adalah di bawah tanggungan pihak syarikat konsesi dan tiada kos tambahan kepada kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.