Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

100) PROJEK LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE)?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 30/2005 yang diadakan pada 30 November 2005 secara dasarnya telah menimbang dan bersetuju dengan pembinaan lebuhraya West Coast Expressway (WCE). Lebuhraya Pantai Barat (WCE) bagi Negeri Selangor dibahagikan kepada 7 pakej, 2 pakej di dalam pembinaan manakala 4 pakej lagi dalam proses pengambilan balik tanah. 1 pakej lagi iaitu jajaran bagi Seksyen 7 masih dalam kajian oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

    Secara umumnya, sehingga bulan Februari 2016, peratus kemajuan pembangunan keseluruhan yang telah dicapai oleh projek lebuhraya WCE ini adalah 17.47% yang mana bagi Negeri Selangor peratus sebenar ditapak telah mencapai 16.68% manakala bagi Negeri Perak adalah 18.75%. Kerja-kerja  fizikal di tapak yang sedang berjalan adalah melibatkan kerja pembersihan tapak, pengalihan utiliti dan kerja-kerja rawatan tanah. Di samping itu juga, kerja-kerja pemasangan dan pengujian asas  jenis cerucuk juga  sedang berjalan di tapak.

  2. Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap bantahan rakyat di Tg. Karang dan daerah Sabak Bernam terhadap cadangan laluan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat daripada Tg.Karang ke Sabak Bernam?

    Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif mengadakan perjumpaan bersama penduduk kampung Tanjung Karang dalam menangani bantahan yang dibuat oleh penduduk. Beberapa sesi taklimat serta sesi dialog telah diadakan antaranya pada 7 Disember 2015 dan 23 Februari 2016. Secara umumnya penduduk bersetuju agar jajaran lebuhraya ini tidak melalui atau membelah kampung tradisi. Oleh yang demikian, majoriti penduduk bersetuju dengan tiga pilihan iaitu melalui jajaran di pinggir hutan, melalui jajaran bund canal atau menaik taraf jalan FR5 sedia ada. Jajaran bagi Seksyen 7 masih dalam kajian oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR). Kajian tersebut akan dibawa kepada Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara untuk

    Kerajaan Negeri memohon pihak LLM dan syarikat konsesi untuk memberikan perhatian dan menyediakan Kajian Impak Sosial (SIA) bagi menilai impak sosial kesan dari pembinaan Lebuhraya WCE ini, selain dari Kajian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Kajian Impak Trafik (TIA). Dengan adanya ketiga-tiga kajian ini akan memudahkan

     

    Kerajaan Negeri meneliti jajaran-jajaran yang paling sesuai (jajaran asal dan jajaran alternatif) dan memberikan pertimbangan bagi memenuhi keperluan, kemakmuran dan pembangunan kawasan sekitar. SIA yang disediakan perlu mengambil kira isu-isu tempatan yang berkaitan dengan impak ke atas kehidupan dan mata pencarian penduduk kampung, status Pekan Tanjong Karang, kebimbangan penduduk kampung terhadap jajaran asal yang membelah kampung tradisi, keselamatan pengguna jalan raya dan lain-lain isu sosial yang berkemungkinan berlaku kesan dari pembinaan lebuhraya tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.