Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

156) PROJEK LEBUHRAYA EKVE MELALUI DUN HULU KELANG

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah syarat yang dikenakan ke atas syarikat konsesi EKVE untuk melalui jajaran asal jalan sedia ada?

    Syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat konsesi seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi antara pihak Kerajaan Persekutuan dengan EKVE Sdn Bhd selaku syarikat konsesi yang bertanggungjawab adalah:

    • menjalankan Traffic Impact Assessment (TIA) yang disediakan oleh perunding trafik serta disemak dan disahkan oleh Independent Checking Engineers (ICE) mengikut keperluan laporan TIA yang telah disahkan;

     

    • menaiktaraf jalan sedia ada (Jalan Ukay Perdana) kepada tiga (3) lorong sehala (Three Lane Dual Carriageway); dan

     

    • membina fly-over bagi persimpangan-persimpangan utama di Jalan Ukay Perdana.
  2. Adakah semua kesulitan penduduk telah diselesaikan sebelum projek EKVE di jajaran tersebut dimulakan?

    Sebelum rekabentuk terperinci untuk menaiktaraf jalan sedia ada diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), segala permasalahan dan pandangan penduduk-penduduk setempat telah dikenalpasti dan sebahagian besarnya telah diambilkira dalam rekabentuk berkenaan bagi memastikan keselesaan penduduk setempat serta golongan yang terkesan dengan pembinaan lebuhraya ini adalah terjamin dan terjaga. Selain rekabentuk, keadah-keadah pembinaan juga dirancang sebaik mungkin bagi meminimakan kacau ganggu semasa kerja-kerja pembinaan

    Sebagai contoh, pihak kontraktor menggunakan keadah penanaman cerucuk secara hydraulic injection bagi kerja-kerja yang dijalankan berhampiran dengan struktur-struktur sedia ada seperti rumah atau bangunan.

    Perhubungan secara terus antara pihak konsesi dengan wakil persatuan- persatuan penduduk turut diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan penduduk sentiasa mengetahui perkembangan kerja-kerja yang sedang dijalankan di tapak bina.

    Selain itu, pihak konsesi turut menyediakan pasukan Emergency Response Team (ERP) yang beroperasi selama 24 jam semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Talian hotline juga diaktifkan bagi memastikan segala masalah- masalah yang timbul semasa pembinaan dapat dilaporkan secara terus kepada syarikat konsesi untuk diambil tindakan yang sewajarnya.

  3. Apakah kuasa MPAJ dalam memastikan pembinaan EKVE tidak merugikan rakyat?

    Dalam memastikan pelaksanaan EKVE di kawasan ini tidak merugikan rakyat, pihak MPAJ telah membantu dalam memastikan pandangan penduduk serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat konsesi adalah dilaksanakan sebelum proses pewartaan Rancangan Tempatan (RT) diluluskan. Antara syarat yang dikenakan termasuklah:

     

    • mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan/Agensi teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kejuruteraan MPAJ serta Jabatan/Agensi teknikal lain yang berkaitan;

     

    • mengemukakan pengesahan dari jurutera perunding yang menyedikan Laporan Traffic Impact Assessment (TIA) serta pengesahan oleh Independent Checker yang mengesahkan rekabentuk lebuhraya adalah selaras dengan Laporan TIA yang dikeluarkan;

     

    • mengemukakan Laporan Social Impact Assessment (SIA) yang terkini;

     

    • mengemukakan rekabentuk lebuhraya yang telah mengambilkira pandangan dan cadangan yang dikemukakan oleh penduduk yang terkesan (sekiranya bersesuaian); dan

     

    • mengambilkira cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan oleh penduduk bagi Laporan TIA dalam pembangunan lebuhraya

     

Lampiran

Tiada Lampiran.