Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

160) PROJEK LANGAT 2

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan pendirian kerajaan negeri berhubung status terkini Projek Langat 2.

    Kerajaan Negeri Selangor masih kekal berpendirian bahawa penyelesaian isu Skim LRA 2 perlu dilihat bersekali dengan memuktamadkan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai kadar tarif yang munasabah.

  2. Sila nyatakan tindakan kerajaan negeri untuk menjana sumber kewangan melalui hasil batuan dari kerja-kerja pengorekan Projek Langat 2

    Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor masih belum mempertimbangkan sebarang rancangan untuk menjana sumber kewangan melalui hasil batuan dari kerja-kerja pengorekan Projek Langat 2. Apa yang menjadi keutamaan Kerajaan Negeri adalah untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dan seterusnya barulah bersedia untuk membincangkan mengenai pelaksanaan Projek Langat 2.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.