Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
64) PROJEK LANGAT 2
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini berkenaan pelaksanaan Projek Langat 2
Projek Langat 2 ini adalah di bawah perlaksanaan Kerajaan Persekutuan. Mengikut maklumat yang diperoleh, pembinaan Loji Rawatan Air berkapasiti 1130 Juta Liter Sehari sedang giat dilaksanakan dan kemajuan fizikal adalah 30% siap. Komponen kerja yang lain seperti pemasangan paip dan pembinaan kolam air sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan secara keseluruhan, Projek Langat 2 ini dijangka hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir tahun
-
Nyatakan jumlah peningkatan kos pembinaan Projek Langat 2
Projek Langat 2 ini adalah di bawah perlaksanaan Kerajaan Persekutuan. Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh, pada setakat ini, masih tiada peningkatan dalam kos keseluruhan pembinaan Projek Langat