Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

110) PROJEK LANDASAN KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL)

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tanah-tanah yang terlibat dengan projek Keretapi Laju ke Pantai Timur?

    a) dan b)

    Melalui penelitian saya, dua soalan telah ditanyakan tentang perkara berkaitan

    East Coast Rail Link (ECRL). Soalan-soalan tersebut datangnya dari:

    No Soalan Nama ADUN Tajuk Soalan
    289 Damansara Utama EAST COAST RAIL LINE (ECRL)

     

    a)                 Sejauh manakah Kerajaan Negeri dimaklumkan tentang rancangan Kerajaan Perseketuan berkenaan sebahagian East Coast Rail Line (ECRL) di Negeri Selangor?

     

    b)                 Adakah Kerajaan Negeri ada maklumat tentang ECRL fasa kedua yang menghubungi ITT Gombak – Pelabuhan Klang?

     

    c)                  Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap projek ini?

     

    Izinkan saya untuk menjawab bersekali soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berhubung status pelaksanaan projek East Coast Rail Link (ECRL).

    Pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link – ECRL) hanya dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui mesyuarat penubuhan Jawatankuasa Pemandu Projek Laluan Rel Pantai Timur Bil.1/2017 pada 25 Januari 2017 bertempat di KementerianKewangan, di mana Kerajaan Negeri Selangor dilibatkan di dalam jawatankuasa tersebut.

    Lanjutan daripada mesyuarat itu, pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), selaku pemaju projek yang dilantik telah memohon untuk mengadakan kunjungan hormat kepada Dato’ Menteri Besar Selangor pada 20 Julai 2017 bagi membincangkan pelaksanaan projek ECRL yang akan melibatkan sebahagian kawasan di dalam Negeri Selangor. MRL merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan dan adalah pemilik aset

    Di pihak Kerajaan Negeri, itu sahaja pemakluman tentang pelaksanaan projek ECRL Fasa Pertama iaitu bagi jajaran Kota Bharu ke ITT Gombak dan masih terlalu awal untuk Kerajaan Negeri memberi apa-apa ulasan tentang projek ini. Berhubung dengan projek ECRL Fasa kedua yang menghubungkan ITT Gombak ke Pelabuhan Klang, Kerajaan  Negeri tidak mempunyai sebarang maklumat

    Oleh yang demikian, pada masa ini, tiada sebarang keputusan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor berhubung dengan pembangunan projek Bagi menjawap pertanyaan oleh Yang Berhormat Gombak Setia, Kerajaan Negeri belum menerima apa-apa permohonan berkaitan tanah-tanah yang terlibat. Oleh itu, tiada sebarang perbincangan berkaitan perihal tanah mahupun jumlah pampasan yang akan diberikan kepada penduduk terlibat.

  2. Berapakah pampasan yang penduduk akan perolehi?

Lampiran

Tiada Lampiran.