Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
153) PROJEK LAMPU JALAN KAMPUNG
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan menambah jumlah lampu jalan di kampung-kampung?
Di bawah Vot P01/02006 – Naiktaraf/ Baikpulih Jalan Luar Bandar, skop pemasangan lampu-lampu jalan kampung turut dimasukkan di dalam skop peruntukan ini melibatkan kawasan-kawasan yang dilaporkan banyak terlibat dengan kegiatan jenayah dan juga kemalangan. Peruntukan keseluruhan sebanyak RM3 juta telah disediakan di bawah Vot ini bagi tahun 2019. Selain daripada peruntukan Kerajaan Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga turut menyediakan peruntukan bagi Lampu Jalan Kampung yang boleh dipohon melalui Pejabat Daerah/ Tanah.
-
Jika ada, bila ianya akan dapat dilaksanakan?
Penambahan lampu jalan kampung adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan Negeri serta memenuhi kriteria yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pertimbangan hanya akan diberikan setelah mendapat pengesahan daripada Pejabat Daerah/Tanah bagi menanggung kos bil elektrik lampu jalan kampung yang dipohon. Ini kerana, Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan peruntukan untuk pemasangan lampu jalan kampung sahaja dan tidak menyediakan peruntukan bagi bayaran bil elektrik lampu jalan kampung berkenaan.