Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

279) PROJEK KUARI TANAH MERAH DAN PERUMAHAN DI KAMPUNG BUKIT CHERAKAH JAYA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah banyakkah projek kuari tanah dan pembukaan tanah untuk projek perumahan yang telah diluluskan oleh PTD Petaling dalam Kampung ini?

    Tuan Speaker,

    Untuk makluman Yang Berhormat, sejumlah tujuh (7) permit kerja tanah telah diluluskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bagi tempoh empat (4) tahun terkini bermula daripada Tahun 2019 sehingga kini.  Permit-permit telah dikeluarkan kepada pihak-pihak berikut;

    Setiap permohonan permit pengeluaran tanah merah di kawasan Bukit Cherakah, Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling perlu mendapat kelulusan pelan kerja tanah daripada Majlis Bandaraya Shah Alam terlebih dahulu sebelum kelulusan permit bahan batuan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Kelulusan pelan kerja tanah tersebut membolehkan Majlis Bandaraya Shah Alam memantau kerja-kerja pemotongan dan pengorekan tanah yang dijalankan bagi mengelakkan kejadian banjir lumpur atau tanah runtuh. Syarat tersebut juga telah dimasukkan dalam Senarai Semak Permohonan Permit Pengeluaran Bahan Batuan (Tanah Merah) Pejabat Daerah dan Tanah Petaling berkuatkuasa mulai Tahun 2020.

  2. Adakah PTD Petaling/MBSA mengetahui bahawa kampung ini tidak ada sistem perparitan yang sempurna bagi mengalirkan air limpahan dari projek-projek ini?

    MBSA

    Untuk makluman, pihak Majlis akan mensyaratkan agar pihak pemaju/perunding menaiktaraf sistem perparitan sedia ada dan tertakluk kepada ulasan pihak JPS/JKR.  Sehubungan itu, bagi projek perumahan atau pembangunan baru, pihak Majlis akan mensyaratkan kepada pihak pemaju agar mematuhi pelan kerja tanah dan menyediakan sistem perparitan serta kawalan hakisan seperti longkang sementara dan kolam perangkap kelodak bagi mengelakkan berlakunya banjir lumpur di sekitar kawasan pembangunan. Tertakluk di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Undang-undang Kerja Tanah (MBSA) 2007.

     

    PDT PETALING

    Pejabat Daerah dan Tanah Petaling dan Majlis Bandaraya Shah Alam maklum status sistem saliran di dalam Kampung Bukit Cerakah Jaya. Pemohon permit jalan keluar masuk sementara daripada Majlis Bandaraya Shah Alam telah disyaratkan untuk membina sistem dan struktur perparitan di dalam kawasan lot pemohon atau di dalam rizab jalan dan rizab perparitan untuk mengalirkan air limpahan daripada tapak pengeluaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.