Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
87) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut?
Dari tahun 2011 sehingga kini, Selangor mengalami kemerosotan pengeluaran kerang. Pada tahun ini, pengeluaran sehingga September 2015 adalah sebanyak 2,684.76mt.
PENGELUARAN KERANG 2010 -2015 (SEHINGGA SEPTEMBER 2015)
TAHUN PENGELUARAN (MT) 2010 41,410.00 2011 26,505.53 2012 11,842.99 2013 5,407.08 2014 10,035.15 2015 (sehingga Sept 2015)
2,684.76 PENGELUARAN KERANG MENGIKUT DAERAH (SEHINGGA SEPTEMBER 2015)
DAERAH PENGELUARAN (MT) Klang 32.27 Kuala Selangor 2,219.16 Sabak Bernam 433.33 JUMLAH 2,684.76 -
Sila senaraikan jumlah keluasan dan peserta Kebun Kerang mengikut pecahan kaum?
Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah memperuntukkan 200 lot kerang seluas 9,843.2 hektar di sepanjang persisir pantai negeri Selangor, ia meliputi 3 daerah iaitu daerah Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Sehingga September 2015, 80 lesen telah dikeluarkan bagi kawasan seluas 3,912.5 hektar.
AGIHAN LOT DAN LUAS MENGIKUT DAERAH (KESELURUHAN)
BIL.
DAERAH
DUN
JUMLAH LOT LUAS LOT (HA)
1 Klang Sementa 10 343.20 Jumlah 10 343.20 2
Kuala Selangor
Jeram 12 600 Malawati 19 950 Permatang 19 950 Sg. Burung 25 1250 Jumlah 75 3,750 3
Sabak Bernam
Sg. Air Tawar 43 2150 Sekinchan 12 600 Sg. Panjang 44 2200 Sabak 16 800 Jumlah 115 5,750 Jumlah Besar 200 9,843.20 AGIHAN LOT, LUAS & KAUM MENGIKUT DAERAH (LESEN)
BIL.
DAERAH
LOT
LUAS LOT (HA) PECAHAN KAUM MELAYU CINA INDIA LAIN2 JUMLAH 1 Klang 6 262.5 6 0 0 0 6 2 Kuala Selangor 37 1,850 16 21 0 0 37 3 Sabak Bernam 37 1,800 11 26 0 0 37 Jumlah 80 3,912.5 33 47 0 0 80 -
Sila nyatakan apakah punca sebenar yang menyebabkan hasil kerang semakin berkurangan di persisiran pantai Negeri Selangor sejak kebelakangan ini?
Kemerosotan pengeluaran kerang di Selangor telah berlaku sejak dari tahun 2011 lagi. Menurut penternak, kekurangan benih, keadaan dasar ternakan yang keras, kehadiran pemangsa dan siput lain di kawasan ternakan mempengaruhi penurunan ini. Kematian kerang yang tinggi juga dilaporkan di negeri
Setakat ini, Jabatan Perikanan masih belum dapat mengenalpasti punca sebenar isu penurunan pengeluaran kerang. Jabatan telah memohon peruntukan pada tahun 2014 dari Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk menjalankan kajian bagi mencari penyebab isu ini. Peruntukan tersebut telah diluluskan pada tahun ini sahaja dan kajian sedang berlangsung (mula pada Mac 2015). Permohonan tambahan diperlukan memandangkan kitar hidup kerang adalah 12 bulan dan pelbagai aspek lain perlu dilihat kerana ternakan kerang berlaku di kawasan perairan terbuka.