Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
61) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah nama peserta dan keluasan kebun kerang di Selangor.
Di bawah Akta Perikanan 1985, semua penternak kerang perlu mempunyai Lesen Sistem Kultur Laut (SKL). Sehingga September 2016, terdapat 79 penternak kerang berlesen di Negeri Selangor yang meliputi kawasan seluas 3,912 hektar.
-
Sila huraikan berapakah hasil keluaran terkini daripada Projek Kebun Kerang?
- Pengeluaran Kerang Dewasa
TAHUN PENGELUARAN (mt) 2012 11,842.66 2013 5,407.00 2014 10,035.15 2015 3, 327.45 2016 (sehingga Sept ) 1,649.50 -
Sila nyatakan bagaimanakah kaedah yang dilakukan bagi mencegah sindiket mencuri benih kerang yang semakin berleluasa?
Ternakan kerang di perairan kelautan Malaysia dikawal sepenuhnya di bawah Akta Perikanan 1985 seksyen 61, di mana Peraturan-peraturan Perikanan (Sistem Kultur Laut) 1990 dan Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002 dikuatkuasakan. Projek Kebun Kerang Selangor tidak terkecuali, mana-mana orang yang menjalankan ternakan kerang di perairan Selangor wajib mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Berikut adalah antara kaedah yang dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Selangor (DoF) untuk mencegah kecurian benih kerang:
- DoF menguatkuasakan Akta Perikanan 1985 dan mempraktikkan prosedur dalam Buku Dasar Dan Prosedur (Pelesenan Vesel, Peralatan Menangkap Ikan & Pendaftaran Nelayan), ini termasuk apa-apa yang berkaitan dengan ternakan kerang:
- Lesen Vesel Sistem Kultur Laut (SKL)
- Lesen Sistem Kultur Laut (SKL)
- Lesen Mengambil Benih Kerang
- Lesen Mengambil Kerang Dewasa
- Lesen Membeli Benih Kerang
Selain dari DoF, Pasukan Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merupakan agensi yang boleh menguatkuasakan Akta Perikanan 1985. Mesyuarat dan perbincangan penyelarasan dibuat bagi membantu memantapkan penguatkuasaan termasuk kes kecurian benih kerang.
- DoF juga memaklumkan kepada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis dan Jabatan Imigresen supaya semua pihak dapat bersama-sama membanteras kes kecurian benih kerang ini.
- Mengumpul dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap maklumat dan aduan yang disalurkan oleh orang awam/nelayan.
- Mempraktikkan Manual Prosedur Pengeluaran Lesen Mengambil Benih Kerang atau Kerang Dewasa dan Lesen Membeli Benih Kerang:
- DoF akan membuat persampelan kawasan dijangka kedapatan benih kerang. Sekiranya saiz benih kerang mencukupi iaitu antara 4mm-24.5mm, Jabatan akan mengeluarkan Surat Pengisytiharan Pembukaan Kawasan Benih dan pengambil benih kerang yang memenuhi syarat boleh memohon Lesen Mengambil Benih Kerang yang dikeluarkan oleh DoF.
- penguatkuasaan semasa tempoh pembukaan kawasan adakan dipertingkatkan bagi mengelakkan berlaku sebarang kecurian benih kerang tersebut.
- Mempraktikkan Buku Panduan Lengkap Kod Amalan Akuakultur Ternakan Kerang:
- Kawasan benih kerang semulajadi adalah kawasan larangan ternakan kerang
- Lot-lot ternakan yang diluluskan di bawah Lesen SKL oleh DoF adalah di luar dari kawasan benih kerang semulajadi
- DoF juga melaksanakan Program Pemantauan Pancang Haram. Aktiviti ini dibuat dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain serta nelayan setempat. Pemantauan berterusan akan dibuat bagi mencegah pemasangan pancang haram di kawasan benih kerang semulajadi dan lot-lot kerang.
DoF juga sedang merangka program-program baru bagi mencegah kes kecurian benih kerang, antaranya ialah:
- Taklimat berkala dengan masyarakat setempat, ini termasuk nelayan dan penternak kerang
- Mengadakan Program Percubaan Konservasi Benih Kerang berasaskan komuniti setempat
- Bekerjasama dengan Sukarelawan Perikanan (SUPER) untuk memantau benih kerang.
Berikut adalah rekod kes Jabatan Perikanan Negeri Selangor melalui aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan khusus bagi membanteras kecurian benih kerang:
TAHUN RAMPASAN BENIH KERANG SITA/MUSNAH TONGKAH SITA/MUSNAH TANGGUK TANGAN LAIN-LAIN 2014 180 kg RM22,500
26 28 5 2015 200 kg RM25,000
327 83 9 2016 (Sehingga April)
355 kg RM44,375
334 90 – JUMLAH 735 kg RM94,375
888 201 14