Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
174) PROJEK JAMBATAN PULAU CAREY (MENGHUBUNGKAN KG SAWAH, PULAU CAREY KE TELOK PANGLIMA GARANG)
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status yang terkini
Projek ini masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada 22 Disember 2011. Sehingga kini kemajuan fizikal sebanyak 35% telah dicapai .
-
Berapakah perbelanjaan awal dan yang terkini dan tempoh siap yang dijangkakan
Kontrak asal untuk membina jambatan ini telah diberi kepada kontraktor Prestasi Asia Sdn Bhd dengan kos berjumlah RM 30,460,000.00 dan kontrak telah ditamatkan pada 19 Oktober 2005.
Kontrak terkini telah dijalankan oleh kontraktor Dua Medan Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM43,927,271.51 dan projek ini dijangka siap pada 22 Disember 2011.