Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

8) PROJEK JAMBATAN KE 3 KLANG FASA 2

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah projek fasa ke 2 Jambatan ke 3 Klang bermula?

    Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk memohon menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi membiayai kos projek Jambatan Ke-3 Klang (Fasa2).

    Walau bagaimanapun, proses pengambilan tanah bagi projek ini diteruskan dan dijangka selesai pada tahun 2017. Kos pampasan akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri.

  2. Berapakah kos yang diluluskan oleh kerajaan negeri?

    Kos yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri di bawah Rancangan Malaysia Ke –11 adalah berjumlah RM320 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.