Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

100) PROJEK JAMBATAN KE-3 KLANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan dengan detail bilakah projek tersebut akan dimulakan ?

    Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang berjaya telah dikeluarkan. Kerja pembinaan dijadualkan pada pertengahan Julai 2014.

  2. Sila senaraikan keseluruhan syarikat yang menyertai proses tender terbuka projek tersebut dan nyatakan syarikat yang berjaya dipilih serta latar belakangnya ?

    Sebanyak dua puluh tiga (23) tender telah diterima dan dibuka pada hari tender ditutup. Senarai syarikat adalah seperti berikut iaitu:

    No. Ruj   Nama Petender
    1/23 Hati Muda Sdn.Bhd
    2/23 ZN Solution Builders
    3/23 Ranhill Water Services
    4/23 Pembinaan Ismail Sdn. Bhd
    5/23 Smart Reliances Sdn. Bhd
    6/23 Syarqiah Holdings Sdn. Bhd
    7/23 Ahmad Zaki Sdn. Bhd
    8/23 Rumex (M) Sdn. Bhd
    9/23 TN Synergy Sdn Bhd
    10/23 Pembinaan Jurubina Sdn. Bhd
    11/23 AJ-Corp sdn. Bhd
    12/23 Laksamana Builders  
    13/23 Potensi Cekal Sdn. Bhd  
    14/23 Yuta Maju Sdn. Bhd  
    15/23 Hisniaga Sdn. Bhd  
    16/23 Fouth Wave Sdn. Bhd  
    17/23 Pertama Makmur Sdn. Bhd  
    18/23 ANBR Resources Sdn. Bhd  
    19/23 Cergas Murni Sdn. Bhd  
    20/23 Binaan Desajaya Sdn. Bhd  
    21/23 Majulia Sdn. Bhd  
    22/23 Euro-Saga Sdn. Bhd  
    23/23 Hasrat Sedaya Sdn. Bhd  

    Latar Belakang

    Petender yang berjaya adalah petender yang terendah iaitu Cergas Murni Sdn. Bhd dengan tawaran sebanyak RM 199,156,069.39. Kontraktor ini berdaftar dengan CIDB Kelas G7 taraf Bumiputera dan  beralamat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Maklumat Tambahan Latar Belakang Kontraktor Yang Berjaya Kerja Semasa :

    • Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Pakej 3 dari CH 26,100 ke CH 40,038 ( Menyiapkan baki kerja yang belum siap di DaerahKemaman )

    Nilai                :RM 224,989,868.50

    Tempoh          :11/5/2011 – 15/7/2014

    Prestasi          :73.83% sebenar / 72.55% Jadual -Cemerlang

    • Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Menggantikan  Jambatan Bukit Kuang Di Jalan Persekutuan3,Kemaman

    Nilai                :RM 225,725,998.26

    Tempoh          :7/7/2010 – 22/8/2014

    Prestasi          :88.80% sebenar / 86.00% Jadual Cemerlang Pengalaman Kerja:

    • Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Terengganu Pakej 9B: CH

    102,500  ke CH 107,700

    Nilai                :RM 77,596,190.59

    Prestasi          :Baik

    • Menaiktaraf Jalan Tangkak-Jasin Melaka ( Pakej 4 : Baba Nyonya Resort )

    Nilai                :RM 33,462,394.32

    Prestasi          :Terbaik

    • Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2, Terengganu Pakej 9A:CH

    91,800  ke CH 103,240

    Nilai                :RM 200,319,789.52

    Prestasi          :Baik

    • Pembinaan Jambatan Kedua Penang – Pakej 3A-Batu Maung

    Nilai                :RM 152,718,868.55

    Prestasi          :Baik

  3. Sila nyatakan berapakah tempoh pembinaan dan anggaran kos pembinaan projek tersebut ?

    Tempoh siap pembinaan 104 minggu dan harga tawaran kontraktor yang berjaya adalah RM199,156,069.39.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.