Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

121) PROJEK JAMBATAN KAMPUNG SAWAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos awal dan yang sebenar dan kontraktor yang terlibat.

    Kos asal bagi projek ini adalah sebanyak RM 29,200,000.00 dan jumlah kos semasa adalah sebanyak RM 44,444,944.77. Kontraktor yang dilantik bagi projek ini ialah syarikat Dua Medan Sdn Bhd. Kenaikan kos ini adalah disebabkan oleh perubahan rekabentuk rentang tengah jambatan tersebut yang telah dipanjangkan bagi mengelakkan kemalangan dengan baj-baj pengangkut yang beroperasi di sepanjang sungai tersebut.

  2. Kenapakah berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek ini.

    Projek pembinaan jambatan Kg.Sawah ini telah bermula pada 26 April 2011 dan tarikh siap asal pada 25 April 2011. Pembinaan jambatan ini terpaksa dihentikan sementara pembinaannya dari bulan Oktober 2008 sehingga Mac 2009 disebabkan beberapa kes perlanggaran baj-baj terhadap kerja-kerja cerucuk bagi projek tersebut.

    Oleh yang demikian, pihak JKR Selangor telah membuat perubahan rekabentuk jambatan tersebut dengan memanjangkan rentang tengah agar memastikan kemalangan baj-baj dapat dielakkan. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan semula pada April 2009 dan dijangka siap pada 23 Disember 2011.

  3. Adakah perancangan naik taraf jalan yang menghubungkan mukim Jugra dan mukim Telok Panglima Garang akan dilakukan dalam masa terdekat.

    Bagi perancangan naiktaraf jalan yang menghubungkan mukim Jugra dan mukim Telok Panglima Garang pula, pihak JKR akan menaiktaraf jalan menghubungkan Telok Panglima Garang ke Jugra melalui jambatan tersebut. Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Pusara, Jalan Sg.Buaya, Jalan Serdang Belah hingga ke Jalan Raba.

Lampiran

Tiada Lampiran.