Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

148) PROJEK JAMBATAN BATANG KALI

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status projek jambatan Batang Kali dan nyatakan berapa peratus projek tersebut yang telah siap?

    Status terkini bagi projek jambatan Batang Kali adalah dalam proses pengalihan utuliti yang melibatkan kabel TNB , kabel TM dan paip air. Kerja-kerja stuktur jambatan akan dimulakan selepas kerja pengalihan utiliti siap dilakukan.

    Manakala peratus kemajuan projek adalah sebanyak 65% sehingga 28/10/2021.

Lampiran

Tiada Lampiran.