Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

10) PROJEK JAMBATAN BATANG KALI

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Projek pelebaran jambatan batang kali kini telah lewat untuk disiapkan dari tarikh yang telah ditetapkan. Apakah langkah segera Kerajaan Negeri untuk membendung masalah trafik yang semakin meruncing terutamanya ketika waktu puncak ?

    Untuk makluman YB, satu lawatan tapak bagi cadangan jalan alternatif telah dilaksanakan pada 18 Februari 2020. Pihak JKR Daerah Hulu Selangor telah menyediakan kertas kerja bagi cadangan jalan alternatif dan akan dikemukakan kepada pihak Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor untuk tindakan pihaknya yang selanjutnya.

  2. Harap cadangan alternatif untuk selesaikan masalah trafik ini

    Terdapat dua (2) cadangan bagi laluan alternatif seperti berikut :

     

    1. i) Laluan Foof MIEL Batang Kali – Kg Rawang Putar – Kg Menyuruk
    • Panjang laluan : 3.6 km
    • Jambatan Bailey menyeberangi Sg Batang Kali

     

     

    1. ii) Laluan Jalan Kg Sentosa – Taman Wawasan
    • Panjang lalauan : 1.4 km
    • Jambatan Bailey menyeberangai Sg Batang Kali

     

Lampiran

Tiada Lampiran.