Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

297) PROJEK JALAN PINTASAN DARI HOSPITAL SUNGAI BULOH SEHINGGA KAMPUNG SERI INDAH A

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kemajuan Projek Jalan Pintasan dari Hospital Sungai Buloh sehingga Kampung Seri Indah A?

    Status kemajuan projek Jalan Pintasan dari Hospital Sungai Buloh sehingga Kampung Seri Indah A sehingga 15 Jun 2024 adalah dengan kemajuan sebenar : 78.91% .

  2. Apakah ada masalah-masalah dalam pelaksanaan projek ini?

    Terdapat kelewatan pihak TNB memberikan tarikh henti tugas melibatkan kabel 11kV (baki 11 circuit) di Jalan Hospital Sungai Buloh. Pihak JKR Gombak telah mengemukakan surat kepada pihak TNB bagi mendapatkan maklumbalas bagi tarikh henti tugas.

  3. Bilakah projek ini dijangka siap sepenuhnya?

    Tarikh siap semasa bagi projek ini adalah pada 9 September 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.