Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
181) PROJEK JALAN HIJAU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Status terkini projek jalan Hijau menghubungkan Bandar Baru Selayang ke Kampung Bendahara.
Projek Membina dan Menyiapkan Laluan Hijau Ke Bandar Baru Selayang (B23) telah pun diluluskan bagi pelaksanaan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12, RMK-12. Walaubagaimanapun, hasil semakan pihak JKR Selangor dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak, isu tanah di cadangan jajaran projek masih belum selesai di peringkat mahkamah. Oleh yang demikian, pelaksanaan projek hanya akan diteruskan selepas isu tanah di kawasan projek tersebut diselesaikan.