Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

22) PROJEK JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DI DAERAH HULU SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek di bawah peruntukan MARRIS yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran di Daerah Hulu Selangor pada tahun 2014 dan 2015.

    Senarai projek MARRIS JPS Hulu Selangor pada tahun 2014-2015 adalah seperti berikut:

    BIL NAMA KERJA HARGA KERJA
    1 KERJA-KERJA MENAIKTARAF JALAN PERTANIAN

    PERINGKAT 4 SEPANJANG 1.0 KM DI MUKIM SERENDAH, HULU SELANGOR

    RM 55,000.00
    2 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH JALAN PERTANIAN SUNGAI KENTAL SEPANJANG 3.0 KM DI MUKIM

    BATANG KALI, HULU SELANGOR

    RM 116,950.00
    3 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH JALAN PERTANIAN SUNGAI SABAI SEPANJANG 2.0 KM DI MUKIM

    KALUMPANG, HULU SELANGOR

    RM 75,650.00
    4 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH JALAN PERTANIAN

    SUNGAI BELATA SEPANJANG 1.8 KM DI LEMBAH BERINGIN, MUKIM KERLING, HULU SELANGOR

    RM 68,650.00
    5 KERJA-KERJA JALAN LADANG KAMPUNG SUNGAI JANG SEPANJANG 3.0 KM DI MUKIM KERLING,

    HULU SELANGOR

    RM 109,202.50

     

    6 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH JALAN PERTANIAN SUNGAI HIJAU SEPANJANG 1.0 KM DI MUKIM BATANG KALI, DAERAH HULU SELANGOR RM 54,145.00
    7 KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH SEBAHAGIAN JALAN PERTANIAN BLOK 4 & 5, KAMPUNG HULU RENING SEPANJANG 1.0 KM DI MUKIM BATANG KALI,

    DAERAH HULU SELANGOR

    RM 54,095.00
    JUMLAH KESELURUHAN RM 533,692.50
  2. Adakah JPS Selangor berhasrat menjadikan Sg Kubu sebagai mercu tanda Kuala Kubu Bharu melalui projek naiktaraf saliran Sg Kubu di Kuala Kubu Bharu? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor berhasrat untuk menjadikan Sg Kubu sebagai mercu tanda Kuala Kubu Bharu. Walau bagaimanapun ianya memerlukan usaha bersepadu dari pelbagai agensi termasuk Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor dan PBT. Secara teknikal, pihak JPS Negeri Selangor sedang menjalankan usaha-usaha melalui projek naiktaraf saliran dengan cara:

     

    • Menggunakan konsep dan produk yang mesra alam bagi mengekalkan Sg Kubu dalam keadaan
    • Mengurangkan penggunaan ‘hard structure’ seperti L unit atau U drain.

     

  3. Adakah JPS Selangor memastikan projek-projek mengenai sungai di Daerah Hulu Selangor adalah mampan yang menjaga kepelbagaian biologi sungai dan tidak mematikan sungai? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    JPS Negeri Selangor sentiasa memastikan projek-projek mengenai sungai di Daerah Hulu Selangor adalah mampan yang menjaga kepelbagaian biologi sungai dan tidak mematikan sungai. Ini adalah disebabkan 60% sumber bekalan air di Lembah Klang adalah berpunca daripada empangan air dari Daerah Hulu Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.