Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

161) PROJEK INFRASTRUKTUR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan secara terperinci semua projek infrastruktur di Selangor pada 2017.

    Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai projek infrastruktur sepanjang tahun 2017. Oleh yang demikian, bagi senarai terperinci projek-projek infrastruktur tersebut, ianya telah disenaraikan di dalam buku Anggaran Belanjawan tahun 2017 bersama-sama jumlah peruntukan yang disediakan mengikut pecahan daerah.

  2. Apakah pencapaian terbesar dalam pembinaan infrastruktur sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor?

    Pelaksanaan projek-projek infrastruktur di Negeri Selangor masih pesat dibangunkan bagi memastikan penduduk di Negeri Selangor berada di dalam keadaan yang selesa. Berikut adalah merupakan projek yang telah siap dibina dan merupakan pencapaian terbesar dalam pembinaan infrastruktur di Negeri Selangor :-

     

    1. Pembangunan Loji Rawatan Air Semenyih 2 – RM187.5 juta
    2. Projek Mitigasi 2 : Pengagihan semula kapasiti reka bentuk air terawat dari LRA SSP1, SSP3 dan Rasa – RM270 juta
    3. Membina Jambatan Ke-3 Klang (Fasa 1), Klang – RM620 juta
    4. Naiktaraf Laluan B35 Dari Simpang 3 Ijok – Simpang Jaya Setia – RM60 juta
    5. Menaiktaraf Laluan B17 (Jalan Reko), Hulu Langat – RM65 juta

     

    Bagi memastikan pembangunan infrastruktur di Negeri Selangor sentiasa selari dengan negara membangun yang lain, Kerajaan Negeri sentiasa meneruskan pembangunan dan berikut adalah projek-projek infrastruktur yang akan menjadi pemangkin pembangunan di Negeri Selangor iaitu:-

     

    1. Membina Jalan Alternatif dari Shah Alam-Banting,Klang – RM72 juta
    2. Membina Jalan Sambungan Kota Warisan/ B20 (Missing link) – RM85 juta
    3. Menaiktaraf Laluan B49 Persiaran Mokhtar Dahari – RM146.1 juta
    4. Membina Jambatan Di Atas Lebuh Raya Utara Selatan Di Jalan Batu Arang – Batang Berjuntai – RM75 juta
    5. Pembangunan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang – RM427 juta

Lampiran

Tiada Lampiran.