Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

108) PROJEK IBU TUNGGAL Ð SOHO (PET-SOHO)

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah peruntukkan bagi projek ini dan mengapa ia tidak melibatkan wanita berpendapatan rendah?

    Program Pemberdayaan Ekonomi Ibu Tunggal Bekerja dari Rumah Negeri Selangor (PET SOHO-S) melibatkan suatu usaha memberdaya Ibu Tunggal.   Statistik dari pendaftaran di portal ibu tunggal Selangor menunjukkan hampir 25,000 orang ibu tunggal di Selangor telah mendaftar. Statistik ini tidak termasuk bilangan ‘ibu tinggal’ yang menghadapi kemelut yang sama namun mempunyai nasib yang lebih malang.

    Hasil kajian terhadap profail Ibu Tunggal berdaftar di Selangor (pendaftaran Portal Ibu Tunggal Selangor) mendapati enam puluh peratus (60%) Ibu Tunggal dikategorikan sebagai miskin (berpendapatan kurang RM1500), dengan empat puluh sembilan peratus (49%) miskin tegar (pendapatan di bawah RM720 . Berbanding hanya 0.064% (15 orang) yang berpendapatan RM3,000 ke atas.   Dua belas peratus (12%) Ibu Tunggal tidak bersekolah formal,  manakala tujuh belas  peratus (17%) hanya mendapat Pendidikan setakat sekolah rendah; pendidikan menengah sembilan belas peratus (19%) dan hanya 4 peratus (4%) berpendidikan tinggi dan maktab.

    Keutamaan PET SOHO-S kepada Ibu Tunggal ialah kerana mereka tiada punca pendapat lain selain diri mereka berbanding wanita berpendapatan rendah yang mempunyai suami atau ketua keluarga untuk menyara kehidupan mereka dan anakanak mereka.

Lampiran

Tiada Lampiran.