Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
222) PROJEK IBU PEJABAT BARU PKNS
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini projek tersebut?
PKNS buat masa kini telah pun melantik kontraktor baru yang mana tarikh penyerahan tapak telah dibuat pada 5 September 2013. Sehingga 1 November 2013, kemajuan di tapak adalah 5% (sebenar) dan 3% (sasaran). Ini telah menunjukkan peningkatan kemajuan di tapak yang mana ianya telah melebihi sasaran.
-
Sila nyatakan nama kontraktor yang dilantik dan berapakah anggaran kos projek tersebut?
Kontraktor yang telah dilantik adalah CONLAY CONSTRUCTION SDN BHD dan anggaran kos projek adalah RM160,443,319.34.
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan projek tersebut tergendala buat seketika?
Perkara-perkara yang dikenal pasti menyumbang kepada kelewatan kerja ditapak.
No. Perkara Catitan 1.
Kegagalan mematuhi kehendak Quality Safety, Health and Environment (QSHE) serta pengurusan tapak yang tidak teratur, menyumbang kepada kelewatan
Keseluruhan kerja-kerja di tapak termasuk kemerosotan kebersihan di sekitar tapak binaan.
– Laporan APP-003 telah dikeluarkan, tiada tindakan diambil berkenaan isu air takungan dan lumut di ‘lower ground floor’. Perunding GBI telah mengingatkan supaya tindakan segera diambil memandangkan keadaan semakin kritikal.
– Operator kren tidak mengenakan peralatan keselamatan serta pakaian yang sesuai semasa berada di atas ‘tower crane’ boleh menyumbang kepada kemalangan dan dikenakan
tindakan oleh JKKP.
– Pekerja masih tidak sepenuhnya mempunyai kad hijau CIDB bagi membolehkan mereka berada atau bekerja di tapak bina.
2.
Kelewatan mengemukakan kelulusan bahan binaan dan ‘Method of Statement’ secara progresif menunjukkan kegagalan dalam merancang sehingga menyumbang kepada kelewatan.
– Pengiraan reka bentuk dan ‘work method statement’ untuk ‘Multiform Formwork System’ masih belum dikemukakan kepada perunding ARUP dan Neapoli Sdn. Bhd. untuk tujuan kelulusan.
– Masih belum mengemukakan ‘hardscape material’ bagi kerja-kerja landskap untuk tujuan kelulusan.
– Bahan binaan untuk kelulusan arkitek masih tidak dikemukakan. 3.
Kelewatan mengemukakan kelulusan bahan binaan dan ‘Method of Statement’ secara progresif menunjukkan kegagalan dalam merancang sehingga menyumbang kepada kelewatan.
– Masih belum mengemukakan cadangan alternatif untuk kerja-kerja keluli dan perincian penyambungan struktur jambatan sepertimana yang telah dipersetujui.
– Tempat penyimpanan sampel bahan binaan untuk tujuan kelulusan dan rujukan masih tidak disediakan dengan sempurna