Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

325) PROJEK HORAS OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggunakan air tanah sebagai salah satu sumber air minuman bagi menampung permintaan air di dalam negeri?

    Sumber utama bekalan air pada ketika ini adalah menggunakan air permukaan seperti air sungai, kolam dan tasik yang dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan (9) bulan tanpa hujan.  Namun demikian, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan sumber air mentah termasuk menggunakan air tanah sebagai sumber bekalan air.  Kerajaan Negeri bersedia untuk menjadikan air tanah sebagai sumber bekalan air di masa hadapan dalam usaha untuk menangani masalah  bekalan air bersih terutama apabila berlaku musim kemarau, banjir atau pencemaran sungai yang tidak dapat dijangka.

  2. Apakah status terkini projek HORAS?

    Pelaksanaan Projek HORAS di negeri Selangor melibatkan HORAS 600 dan HORAS 3000.  Projek HORAS 600 yang dilaksanakan di Bestari Jaya telah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) untuk dioperasikan bermula pada 27 November 2019.

    Manakala bagi HORAS 3000 pula, pelaksanaannya masih diperingkat kajian.  Berdasarkan kepada unjuran yang dibuat oleh Air Selangor, sumber air mentah dari projek ini diperlukan pada tahun 2033.

Lampiran

Tiada Lampiran.