Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
171) PROJEK HORAS
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status terkini projek tersebut?
Projek HORAS 600 dibahagikan kepada dua (2) fasa pembangunan iaitu:
Fasa 1 yang melibatkan tiga (3) pakej kerja iaitu:
- Pakej 1 – Kerja Pengorekan Kolam Utama oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang bermula sejak 15 Mac 2014 dibahagikan kepada tiga (3) seksyen:
- Seksyen 1 melibatkan kawasan seluas 155 ekar telah siap pada Oktober
- Seksyen 2 melibatkan melibatkan kawasan seluas 26.4 ekar telah siap pada Disember 2016.
- Seksyen 3 melibatkan kawasan seluas 201.4 ekar telah mencapai 72.4% (setakat 30 Januari 2018) dan dijadualkan siap pada 30 Jun
2) Pakej 2 – Kerja-kerja Membina Cerun Kolam & External Works
telah bermula pada 16 November 2015 dan djadualkan siap pada 15 Ogos 2018. Setakat 24 Februari 2018, kerja di tapak telah mencapai 47.5% berbanding kemajuan disasar 86.0% bersamaan kelewatan selama 193 hari. Kemajuan kerja di tapak adalah bergantung pada penyiapan kerja-kerja pengorekan kolam utama oleh pihak KSSB.
- Pakej 3 – Pembinaan Kolam Hang Tuah yang mana ditangguhkan kerana air mentah dari HORAS 600 akan dipam terus ke sungai dan bukan ke loji rawatan
- Projek HORAS 600 dibahagikan kepada dua (2) fasa pembangunan iaitu:Fasa 2 pula melibatkan pembinaan rumah pam. Kerja di tapak telah bermula pada 14 Ogos 2017 dan dijangka siap pada 13 November 2018. Setakat 25 Februari 2018, kerja di tapak telah mencapai 7.3% berbanding kemajuan disasar sebanyak 6%.
- Fasa 1 yang melibatkan tiga (3) pakej kerja iaitu:
- Pakej 1 – Kerja Pengorekan Kolam Utama oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang bermula sejak 15 Mac 2014 dibahagikan kepada tiga (3) seksyen:
Seksyen 1 melibatkan kawasan seluas 155 ekar telah siap pada Oktober
Seksyen 2 melibatkan melibatkan kawasan seluas 26.4 ekar telah siap pada Disember 2016.
Seksyen 3 melibatkan kawasan seluas 201.4 ekar telah mencapai 72.4% (setakat 30 Januari 2018) dan dijadualkan siap pada 30 Jun
-
2) Pakej 2 – Kerja-kerja Membina Cerun Kolam & External Works
telah bermula pada 16 November 2015 dan djadualkan siap pada
15 Ogos 2018. Setakat 24 Februari 2018, kerja di tapak telah mencapai 47.5% berbanding kemajuan disasar 86.0% bersamaan kelewatan selama 193 hari. Kemajuan kerja di tapak adalah bergantung pada penyiapan kerja-kerja pengorekan kolam utama oleh pihak KSSB.
- Pakej 3 – Pembinaan Kolam Hang Tuah yang mana ditangguhkan kerana air mentah dari HORAS 600 akan dipam terus ke sungai dan bukan ke loji rawatan
Fasa 2 pula melibatkan pembinaan rumah pam. Kerja di tapak telah bermula pada 14 Ogos 2017 dan dijangka siap pada 13 November 2018. Setakat 25 Februari 2018, kerja di tapak telah mencapai 7.3% berbanding kemajuan disasar sebanyak 6%.
-
Apakah pelan Kerajaan Negeri bagi menampung kerugian pelaksanaan projek tersebut?
Kerajaan Negeri telah menggunakan perkhidmatan anak syarikat iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dalam membantu menyediakan kolam HORAS yang mempunyai dwifungsi untuk menyediakan sumber air mentah dan juga bertindak sebagai tebatan banjir. Kos pengorekan kolam yang ditanggung pihak KSSB dikontra dengan hasil penjualan pasir yang telah dikorek. Sekiranya Kerajaan Negeri melantik kontraktor luar dalam urusan penyediaan kolam, sudah tentu kos yang perlu ditanggung Kerajaan Negeri akan lebih
Dalam masa yang sama, aktiviti penjualan pasir yang dilaksanakan oleh KSSB adalah tertakluk kepada bayaran royalti kepada Pejabat Daerah/ Tanah. KSSB telah membayar royalti sebanyak RM3/m³ bagi longgokan pasir yang dijual. Bayaran royalti tersebut membantu meningkatkan hasil yang diperoleh Kerajaan Negeri.
Secara amnya, pelaksanaan HORAS 600 memberi pulangan kepada Kerajaan Negeri dan bukannya mendatangkan kerugian.