Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
235) PROJEK ‘GREATER KL CENTRALISED SEWAGE’
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah tapak yang terlibat di dalam kawasan PBT dan DUN masingmasing.
Projek Greater KL Centralized Sewage merupakan projek di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang akan melibatkan pembinaan tiga (3) Loji Kumbahan Serantau utama iaitu:
- STP Lot 130 (Klang);
- STP Kajang STP; dan
- STP Langat.
Manakala dua (2) STP pula akan dinaik taraf iaitu:
- Loji Rawatan Kumbahan Taman Maluri C; dan
- Loji Rawatan Kumbahan Taman Lembah
Pembangunan Greater KL Centralized Sewage juga akan melibatkan pembinaan rangkai paip pembetungan serta rasionalisasi loji-loji kecil untuk disambungkan ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau di mana ianya melibatkan beberapa kawasan lain di dalam Lembah Kelang termasuk meliputi beberapa PBT Negeri Selangor seperti berikut:
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj);
- Majlis Perbandaran Sepang (MPSp);
- Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA);
- Majis Perbandaran Klang (MKP);
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ); dan
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
-
Jelaskan permasalahan yang di akibatkan oleh projek ini dan tindakan yang telah diambil.
Antara aduan/permasalah yang kerap diterima berhubung dengan pembinaan projek ini adalah masalah kesesakan lalulintas dan turapan jalanraya yang tidak rata dan teruk selepas kerja pengorekan selesai. Sehubungan itu, kontraktor telah diarahkan untuk melaksanakan kerja mengikut spesifikasi & keperluan Pihak Berkuasa Tempatan seperti yang telah dinyatakan di dalam permit bekerja. Selain itu, semua jalan yang terlibat akan diturap semula setelah semua kerja-kerja pemasangan paip kumbahan selesai. Walau bagaimanapun, turapan jalan sehingga kini dijalankan secara temporary premix terlebih dahulu kerana kerja-kerja pemasangan paip belum selesai sepenuhnya.
-
Adakah tanah-tanah loji sedia ada akan di pulangkan kepada kerajaan negeri selepas projek ini siap?
Tanah rezab pembetungan akan dikekalkan sebagai rezab pembetungan selagi mana ianya diperlukan untuk tujuan perkhidmatan pembetungan pada masa datang.