Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
225) PROJEK FLAT BLOK E, PJS1, PETALING JAYA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan Blok E di tapak gantian?
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis telah meluluskan Permohonan Kebenaran Merancang bagi pembinaan 1 blok Pangsapuri (382 unit) harga bebas dan 1 blok Rumah Selangorku (249 unit) (BLOK E) kepada Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd pada 16.5.2019. Kini dalam tindakan Pentadbir Tanah Daerah Petaling bagi proses pemberimilikan tanah kerajaan yang terlibat.
-
Butirkan kronologi kes ini
Kronologi Cadangan Penyelesaian Peneroka Bandar
(Pembeli) Projek Pembangunan Rumah Selangorku (Blok E) Di Lot 32458 Dan Sebahagian Lot 3209 Taman Petaling Utama, Jalan PJS 1/52 Oleh Tetuan Peter Bricksworks Sdn Bhd.BIL TARIKH PERKARA 1 25.5.1998 • MBPJ meluluskan pelan tatatur bagi pembangunan 276 unit Rumah Kos Rendah di tapak Blok E kepada Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd. dan di ikuti dengan kelulusan Pelan bangunan pada tahun 2001. • Kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 2003,
• Pemilik rumah sesebuah bersebelahan tapak mengemukakan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi .
2 9.7.2004 Perintah persetujuan ditandatangani antara Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Pembantah dan Pemaju bahawa projek ini perlu mengikut keperluan undang-undang. 3 Tahun 2005 • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengklasifikasikan projek RKR Blok E sebagai projek yang tidak memerlukan Kebenaran Merancang atas kepentingan awam. • Memutuskan untuk projek ini dibina oleh samada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) atau Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
4 21.7.2012 Kerajaan Negeri mengarahkan Pentadbir Daerah Tanah Petaling merampas tanah tapak blok E bagi membolehkan projek ini diambilalih oleh kerajaan. Tindakan kemudiannya dicabar di Mahkamah Tinggi Shah Alam. 5 15.5.2013 Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan bahawa tanah ini kekal dibawah milik pemaju. 6 24.5.2015 • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) memutuskan projek ini dibina oleh pemaju dan akan dipantau oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Lembaga Perumahan Hartanah Negeri Selangor. • Task Force diwujudkan bagi memantau perlaksanaan projek yang dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Iskandar Bin Abdul Samad.
7 13.6.2016 • Pemaju memulakan kerja awalan di tapak dan Surat Tawaran membeli rumah kos rendah dikeluarkan oleh pihak pemaju sebanyak 4 kali iaitu pada 28.4.2016 13.6.2016 , 25.7.2016 dan 7.12.2016. • 97% tidak menerima tawaran dan membuat tuntutan-tuntutan kepada pemaju dan Kerajaan Negeri .
8 20.9.2017 Mesyuarat di Pejabat EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar , pemaju menyatakan persetujuan berikut : -
- Bersetuju keluasan rumah kos rendah dinaikkan daripada 650 kp kepada 700 kp dan ;
- Bersetuju menanggung kos pembiayaan bank terdahulu dan mengambil kira pinjaman terdahulu bagi pembangunan di Tapak Blok F.
Pemaju yang akan menanggung kos kira-kira RM13.5 juta dan mencadangkan perkara berikut :
-
- Menggunakan 2 bidang tanah kerajaan berjumlah 5.1 ekar untuk pembinaan tempat letak kereta dan 1 blok rumah Selangorku jenis A kepada pembeli blok E.
- Akan dapat mengurangkan kos daripada 13.5 juta kepada 4.7 juta.
- Kerugian 4.7 juta dapat ditampung sekiranya kerajaan negeri melepaskan pembekuan pembangunan oleh MBPJ.
9 22.11.2017 • Mesyuarat kedua telah diadakan yang turut dihadiri oleh Y.B ADUN Taman Medan. • Pengarah Eksekutif LPHS, menyatakan pandangan :
i. Permohonan tanah kerajaan berkeluasan keseluruhan 6.5 ekar boleh dipertimbangkan dengan syarat tanah tapak blok E asal diserah balik kepada kerajaan.
10 3.1.2018 Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) memutuskan perkara berikut : - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menimbang dan bersetuju secara dasar akan kaedah yang telah diputuskan dalam beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan. Walaubagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bersetuju supaya satu kajian menyeluruh perlu dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya bersama dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) terhadap permohonan tanah kerajaan oleh Tetuan Peter Brickswork Sdn Bhd untuk pembangunan Rumah Selangorku bagi menentukan keluasan dan nilaian tanah yang bersesuaian dan juga mematuhi aspek perundangan supaya kepentingan Kerajaan Negeri dijaga.
11 21.3.2018 Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) memutuskan perkara berikut : • Meluluskan secara dasar pemberimilikan tanah kerajaan Lot 32458 dan sebahagian Lot 3209 dengan bayaran premium pada kadar nominal dan Lot 32478 dengan bayaran premium mengikut kaedah Tanah Selangor (KTS) kepada Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd. Masing-masing bagi pembinaan Rumah Selangorku Jenis A dan kemudahan Tempat Letak Kereta bagi Rumah Selangorku Jenis D;
• Bersetuju dengan cadangan balas pemaju untuk meminda pembinaan RUmah Selangorku Jenis D kepada Rumah Harga Bebas berharga RM300,000.00 agar pemaju dapat menampung penyelesaian untuk peneroka dan pembinaan 249 unit Rumah Selangorku Jenis A ;
• Bersetuju Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd. menanggung segala kos pembinayaan bank yang telah dibiayai oleh 249 orang pembeli asal Blok E serta segala kos guaman yang terlibat serta mengambil kira bayaran deposit terdahulu;
• Bersetuju Tetuan Peter’s Brickworks Sdn. Bhd. menawarkan Rumah Selangorku Jenis A kepada 249 orang pembeli asal dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL). Sekiranya mana-mana pembeli tidak mahu menerima tawaran tersebut, maka penamatan secara “unilateral termination” akan dibuat dan seterusnya baki-baki unit berkenaan akan dibuat tawaran terbuka melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah (SPPH) Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS);
• Merobohkan rumah panjang yang dibina di atas tapak sekolah setelah Rumah Selangorku Jenis A siap dibina. Penghuni perlu berpindah keluar sama ada mereka menerima atau menolak tawaran rumah panjang yang dibina oleh Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd; dan
• Bersetuju supaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membenarkan dua (2) tapak perniagaan milik pemaju diproses untuk kelulusan pelan-pelan pembangunan.
12 24.8.2018 Pemaju mengemukakan Permohonan Pra-Perundingan bagi Permohonan Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah (Melibatkan Tanah Kerajaan) Dibawah Seksyen 197 Dan 76 Kanun Tanah Negara 1065, Serentak Dengan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Pangsapuri 19 Tingkat (382 Unit) Di Atas 5 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta Beserta Kemudahan Penduduk Di Lot 37199 Dan Lot 32478, Jalan Pjs 1/52 Dan; 1 Blok Rumah Selangorku 16 Tingkat (249 Unit) Dengan Tempat Letak Kereta Terbuka Beserta Kemudahan Penduduk Di Lot 32458 Dan Sebahagian Lot 3209, Jalan Pjs 1/56, Petaling Utama, Pjs 1, Bandar Petaling Jaya Selatan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan. 13 19.10.2018 Permohonan Kebenaran Merancang Secara Online diterima melalui Pusat Setempat Majlis. 14 22.10.2018 Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat menimbangkan Permohonan Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah (Melibatkan Tanah Kerajaan Dibawah Seksyen 197 Dan 76 Kanun Tanah Negara 1965, Serentak Dengan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Pangsapuri 20 Tingkat (382 Unit) Di Atas 5 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta Beserta Kemudahan Penduduk Di Lot 37199 Dan Lot 32478, Jalan Pjs 1/52 Dan 1 Blok Rumah Selangorku 16 Tingkat (249 Unit) Dengan Tempat Letak Kereta Terbuka Beserta Kemudahan Penduduk Di Lot 32458 Dan Sebahagian Lot 3209, Jalan Pjs 1/56, Petaling Utama, Pjs 1, Bandar Petaling Jaya Selatan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Peter’s Brickworks Sdn Bhd. 15 18.1.2019 Pihak Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd mencadangkan pertukaran nama pemilik tanah bagi pemberimilikan tanah-tanah kerajaan yang melibatkan Lot 32478, Lot 32458 dan Sebahagian Lot 3209 kepada Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd setelah berbincang dengan Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling dimana sekiranya tanah-tanah kerajaan ini diberikan kepada Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd proses pemberimilikan ini akan mengambil tempoh masa enam (6) ke dua belas (12) bulan manakala sekiranya tanah-tanah berkaitan diberimilik kepada Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd tempoh masa yang diperlukan hanya dua (2) ke tiga (3) bulan sahaja. 16 12.4.2019 Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) memutuskan perkara berikut : • Bersetuju cadangan perubahan nama pemilik bagi pemberimilikan tanah kerajaan Lot 32478, Lot 32458 dan sebahagian Lot 3209 daripada Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd kepada Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd. Dan perkara-perkara berikut :
- Meluluskan secara dasar pemberimilikan tanah kerajaan Lot 32458 dan sebahagian Lot 3209 dengan bayaran premium pada kadar nominal dan Lot 32478 dengan bayaran premium mengikut kaedah-kaedah Tanah Selangor (Pindaan 2016) daripada Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd kepada Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd. masing-masing bagi pembinaan Rumah Selangorku Jenis A dan kemudahan Tempat Letak Kereta bagi Rumah Selangorku Jenis D;
- Cadangan balas pemaju untuk meminda pembinaan Rumah Selangorku Jenis D kepada Rumah Harga Bebas berharga RM300,000.00 agar pemaju dapat menampung penyelesaian untuk peneroka dan pembinaan 249 unit Rumah Selangorku Jenis A ;
- Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd. menanggung segala kos pembiayaan bank yang telah dibiayai oleh 249 orang pembeli asal Blok E serta segala kos guaman yang terlibat serta mengambil kira bayaran deposit terdahulu;
- Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd. menawarkan Rumah Selangorku Jenis A kepada 249 orang pembeli asal dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan (APDL). Sekiranya mana-mana pembeli tidak mahu menerima tawaran tersebut, maka penamatan secara “unilateral termination” akan dibuat dan seterusnya baki-baki unit berkenaan akan dibuat tawaran terbuka melalui Sistem Pendaftaran Permohonan Hartanah (SPPH) Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS);
- Merobohkan rumah panjang yang dibina di atas tapak sekolah setelah Rumah Selangorku Jenis A siap dibina. Penghuni perlu berpindah keluar sama ada mereka menerima atau menolak tawaran rumah panjang yang dibina oleh Tetuan Peter’s Brickworks Sdn Bhd; dan
- Supaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membenarkan dua (2) tapak perniagaan milik pemaju diproses untuk kelulusan pelan-pelan pembangunan.
17 16.5.2019 Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat menimbang dan meluluskan Permohonan Serah Balik Dan Pemberimilikan Semula Tanah (Melibatkan Tanah Kerajaan Dibawah Seksyen 197 Dan 76 Kanun Tanah Negara 1965, Serentak Dengan Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Cadangan Pembangunan 1 Blok Pangsapuri 20 Tingkat (382 Unit) Di Atas 5 Tingkat Podium Tempat Letak Kereta Beserta Kemudahan Penduduk Di Lot 37199 Dan Lot 32478, Jalan Pjs 1/52 Dan 1 Blok Rumah Selangorku 16 Tingkat (249 Unit) Dengan Tempat Letak Kereta Terbuka Beserta Kemudahan Penduduk Di Lot 32458 Dan Sebahagian Lot 3209, Jalan Pjs 1/56, Petaling Utama, Pjs 1, Bandar Petaling Jaya Selatan, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Untuk Tetuan Kembar Empat Sdn Bhd. 18 Status Semasa Kini dalam tindakan Pentadbir Tanah Daerah Petaling bagi proses pemberimilikan tanah kerajaan yang terlibat. -