Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

103) PROJEK FESTIVAL LAKECITY PUCHONG BERLOKASI DI BELAKANG IOI MALL

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan kebenaran merancang (KM) terhadap projek tersebut?

    Berdasarkan semakan dan rekod didapati tiada sebarang permohonan kebenaran merancang (KM) yang dibuat di atas nama Festival LakeCity Puchong (lot 827).

  2. Nyatakan status zon guna tanah bagi keseluruhan lokasi projek tersebut mengikut pengubahan pelan terkini.

    Keseluruhan lokasi projek (lot 827) terlibat dengan permohonan pindaan zon gunatanah dalam Draf RT MPSJ (P2) 2020 daripada zon industri kepada zon perniagaan dan perkhidmatan.

  3. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh PBT sekiranya informasi pengiklanan yang tidak tepat dipaparkan sebelum sebarang kelulusan pembangunan dari PBT?

    Informasi pengiklanan melibatkan representasi jualan di bawah hartanah strata tindakan adalah di bawah bidang kuasa KPKT. Sehubungan itu, PBT tiada sebarang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap informasi pengiklanan sebelum sebarang kelulusan pembangunan diberikan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.