Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
211) PROJEK DIBAWAH PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah projek pertanian PKPS dan anak syarikatnya pada tahun 2014?
Projek pertanian PKPS dan Anak Syarikat tahun 2014
Bil Pelaksana Jenis Projek i. PKPS Perladangan Sawit ii. PKPS Projek Selangor Fruits Valley – Ladang Buah-buahan dan Tanaman Getah
iii. PKPS Livestock Farm Sdn Bhd ( Anak Syarikat PKPS )
Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Projek Usahasama Ternakan Ayam Daging iv. PKPS Farm Mart Sdn Bhd ( Anak Syarikat PKPS )
Projek Ternakan Ikan Tilapia & Pembenihan Keli
-
Nyatakan prestasi setiap projek?
a) Prestasi projek :
BIL
PELAKSANA
JENIS PROJEK
PRESTASI UNTUNG /RUGI RM JUTA
ULASAN
2013
2014
BAJET 2015 i.
PKPS
Perladangan Sawit
9.86
14.62
17.53
Prestasi menunjukkan peningkatan keuntungan kerana pertambahan buah tandan segar (BTS), tambahan keluasan yang matang dan kawalan kos pengeluaran. ii.
PKPS
Projek Selangor Fruits Valley (SFV) – Ladang
Buah-buahan dan Tanaman Getah
(0.24)
(0.70)
0.11
SFV mencatatkan kerugian disebabkan pengeluaran buah yang kurang. PKPS mula mengambilalih pengurusan SFV dari SOPIC Sdn Bhd (Anak Syarikat PKPS) bermula September 2013 dan kini dalam proses rehabilitasi tanaman bagi meningkatkan hasil pengeluaran. iii.
PKPS
Livestock Farm Sdn Bhd
Projek Ternakan Lembu Tenusu dan Projek Usahasama Ternakan Ayam Daging
(0.88)
(1.37)
(0.30)
Syarikat mengalami masalah pengeluaran susu segar yang rendah dan kos pemakanan yang tinggi. Syarikat telah mengambil langkah mengatasi seperti berikut :- – Mengadakan kerjasama dengan Jabatan Veterinar dan “Leading Industry Player” untuk mendapat kepakaran.
– Doktor Veterinar akan mula bertugas pada 1 April 2015.
– Mengubah fomulasi makanan dan
menambahbaik padang rumput.
iv.
PKPS Farm Mart
Sdn Bhd
Projek Ternakan dan pembenihan Ikan Tilapia
& Keli
(2.13)
(2.35)
(0.71)
Syarikat mengalami masalah kualiti baka ikan dan kos makanan ikan yang tinggi. Syarikat sedang mengambil langkah mengatasi masalah seperti berikut:-
– Mewujudkan “networking” dengan “Industry Player” yang berjaya dan jabatan kerajaan yang berkaitan.
– Mendapatkan tenaga kerja terlatih
dan berkelayakan.
BIL
PELAKSANA
JENIS PROJEK
PRESTASI UNTUNG /RUGI RM JUTA
ULASAN
2013
2014
BAJET 2015 – Meningkatkan pengurusan projek seperti mengawal kos operasi, memperbaiki pengurusan air dan memperbaiki baka induk ikan. – Mendapatkan khidmat kepakaran
luar.