Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

62) PROJEK DEMAND RESPONSIVE TRANSIT (DRT)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hasil kajian Proof of Concept DRT?

    Projek rintis atau Proof of Concept (P.O.C) bagi DRT telah berlangsung mulai 20 November 2023 hingga 31 Julai 2024, iaitu lebih kurang lapan bulan yang melibatkan 8 zon operasi. Seramai 73,032 orang pengguna telah mendapat manfaat terhadap perkhidmatan DRT sepanjang P.O.C tersebut berlangsung.

  2. Apakah status perlaksanaan DRT?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI sedang mengeluarkan Request for Proposal (RFP) bagi tujuan pelaksanaan penuh program DRT di negeri Selangor.

  3. Apakah rancangan perkembangan DRT di Negeri Selangor?

    Hasrat utama program DRT Selangor adalah untuk menangani isu first and last mile connectivity, seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya. Rakyat diberi pilihan untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk ke hab pengangkutan awam utama seperti stesen tren dan bas. Kerajaan juga sedang merangka pelan induk mobiliti Selangor yang turut menggariskan aspirasi untuk mengembangkan program DRT ke seluruh negeri termasuk kawasan underserved bergantung kepada permintaan dan origin destination pengguna serta kemampuan kewangan kerajaan negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.