Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
71) PROJEK DEMAND RESPONSIVE TRANSIT (DRT)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memperluaskan perkhidmatan DRT dan Bas Smart Selangor dalam kawasan pentadbiran MPKj dan DUN Balakong khususnya?
Tiada perancangan atau tambahan bagi memperluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor dan Demand-Responsive Transit (DRT) dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sehingga 2024. Walau bagaimanapun di kawasan DUN Balakong telah mempunyai perkhidmatan Bas Smart Selangor laluan KJ03 (Stesen MRT Bandar Tun Hussien Onn – Taman Tun Perak) yang telah beroperasi sejak tahun 2017 sehingga kini.