Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

72) PROJEK DATUM JELATEK OLEH PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek berkenaan?

    Kebenaran Merancang (KM) dan Lesen Pembangunan dan Permit Pengiklanan/Advertising Permit & Developer License (APDL) dalam proses permohonan dan dijangka diperolehi pada akhir bulan Julai 2013.

    Pelan pembangunan projek Datum Jelatek di Taman Keramat Kuala Lumpur di mana “Building Plan” telah diluluskan pada 8 Mei 2013. Penyerahan tapak kepada kontraktor telah diberikan pada 30 Mei 2013.

  2. Apakah bentuk-bentuk faedah atau manfaat khusus yang diterima oleh pemilik asal premis berkenaan?

    Harga PKNS telah memperuntukkan sejumlah RM25 juta untuk bayaran pampasan kepada pemilik-pemilik asal. Pampasan yang diberikan kepada pemilik unit kediaman/rumah dan lot kedai adalah seperti berikut:

    Bil Lot   Penilaian semasa Harga PKNS tawarkan
    1 Kediaman Rumah / RM75,000    hingga RM80,000 RM200,000 hingga RM250,000
    2 Kedai   RM200,000 hingga RM250,000 RM500,000

    Selain itu, pemilik-pemillik asal juga diberi pilihan untk memiliki produkproduk hartanah PKNS seperti Banglo, Semi-D dan Rumah Teres di Antara Gapi.

    PKNS melalui Program Retail 200 akan mengenalpasti, memilih dan melatih 200 usahawan-usahawan bumiputera melalui 200 lot yang akan diwujudkan di dalam projek Datum Jelatek.

    PKNS juda memberikan “Yuran Kesusahan” kepada 58 penyewa bazar MPAJ iaitu sebanyak RM24,000 seunit. Selain itu, penyewa bazar MPAJ dipindahkan ke lot-lot kedai PKNS di AU3 dengan tawaran kadar sewa yang murah.

  3. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk meneruskan projek pembangunan semula seperti projek Datum Jelatek di bandar-bandar utama di Negeri Selangor?

    Pembangunan Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat adalah pembangunan semula (urban redevelopment) yang dilaksanakan bersesuaian dengan keadaan setempat.

    Walau bagaimanapun, konsep pembangunan semula seperti ini akan diteruskan mengikut konsep setempat dan permintaan penduduk tempatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.